Total Pageviews

May 7, 2012

CUCUR JEJARI KETAM

Assalamualaikum....


 Bila K.Nor dok tayang cucur jejari ketam..terasa teringin nak makan sebab dah lama tak buat jemput jemput (orang jawa kata) atau cucur. Sekarang ni macam macam jenis cucur boleh di pelbagaikan.. Memang ada berbaki jejari ketam yang tak habis habis dalam peti sejuk.

Kebetulan teman kita nak datang..semalam kita buat kek labu dia tak jadi datang..hari ini terpaksa plak kita wat cucur untuk minum petang. Yang kek semalam tu dah habis di bawa ke pejabat. Memang sedap cucur jejari ketam ni.. ikut resepi ni memang lembut dan wangi.. 

Terima kasih wat K.Nor, Quinnie dan Izah yang berkongsi resepi..saya minta izin untuk salin disini... layanzzz.z...


CUCUR JEJARI KETAM
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
dr resipi : Quinnie & Izah

Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
10 batang jejari ketam ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 biji cili merah ~ dipotong dadu
daun saderi ~ dihiris
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
minyak untuk menggoreng

Cara:
Campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak dalam sebuah mangkuk dan gaul sebati.
Biarkan seketika (lebih kurang 10 - 15 min).
Panaskan minyak dan gorenglah cucur tadi sehingga masak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.



6 comments:

  1. salam kak naz.. tun pun panggil jemput jemput. hihi.. kalau dh cucur ni, tiap2 hari buat pun xde yg komplen, semua laju je makan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...
    mmg suka sgt makan cucur jejari ketam.. lagi2 ler irfan tu.. mmg suka sgt...

    ReplyDelete
  3. mas gak tak buat2 lagi cucur nie..
    sedapnya tengok kak..

    ReplyDelete
  4. nieza..kita pun kalau diikutkan panggil cucur ni jemput je...hahahha..tapi sejak berblog ni kena la bahasa tu cantik skit...tu yg semuanya jadik cucur tu..kekeke...

    ReplyDelete
  5. Naz,nampak enak banget cucur jejari ketam ni..ambik dua ye..

    ReplyDelete
  6. hehe.. betul2.. mmg kalau belah ganu ni org panggil jemput atau nak lg real sebutannya jepput :) tp bila masuk dlm blog kena lah lebih terbuka atau guna nama yg mudah utk semua org kan. :)

    mekasih naz sudi cuba resipi olahan ni.. mekasih gak pada Q dan izah :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...