Total Pageviews

May 5, 2012

KUIH KASUI @ KASWI

  Assalamualaikum.. 


Pagi Sabtu hari ini saya cuti..cuti kerja...cuti merempit..hari ini nak pergi kenduri..

Bila dah biasa bangun seawal 530 am ..walaupun tidak bekerja..mata dah diset untuk bangun. So godek godek rumah kawan kawan..nampak kuih kaswi. Kebetulan kejap lagi family adik dan emak nak datang rumah.. so boleh buat sarapan.. 

Memang mudah dan sedap kuih kaswi ni..saya ikut cara Kak Bdaria..campur tepung beras..rasa kenyal2 gitu..

Terima kasih empunya resepi..

Kuih Kasui @ Kaswi
Resepi asal dari sini
Sumber saya : Jurnal Resepi Bdaria

Bahan-bahannya:-
Bahan A
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun padan
sedikit kicap pekat (yang ni saya tak der ..saya letak pewarna coklat)
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (yang nie saya tambah)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu teh kapur makan (bancuhkan dengan sedikit air untuk dapatkan paste pekat)
kelapa parut putih
sedikit garam
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan A kecuali kicap kedalam periuk dan masak sehingga gula larut. Angkat dan tapi untuk buang bendaasing dalam gula merah. Masukkan sedikit kicap pekat dan biarkan sejuk
  2. Alas loyang 4 segi berukuran 10 x 10 x 3 inci dengan plastik dan ketepikan. Saya guna loyang 11 x 11 sebab tu kuih kasui saya nampak nipis.
  3. Masukkan semua tepung dalam bekas dan kemudian masukkan bancuhan gula tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan mengunakan whisk. Masukkan air kapur dan kacau rata
  4. Tapiskan bancuhan dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap. Kacau sentiasa mengunakan sudip kayu.
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit sehingga masak
  6. Bila kuih sudah sejuk baru potong dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
  7. Hidangkan.


4 comments:

  1. salam dari oman kak naz, apa pkhabar? sedap tengok kuih kosui.

    ReplyDelete
  2. owh begitumenggoda tgk kosui tu..
    tumpang promot kak naz..perfume ori dgnharga diskon leh tgk di blog saya..jom...masa terhad

    ReplyDelete
  3. t.kasih doakan kesihatan kak ilah...sedapnya kaswi.. ada ijau dan kala ceklat.. lama juga kak ilah tak masak..mcm biasalah depa semua tak suka kuih lmbut2 nie kak sorg jer nak makan..huhuu

    ReplyDelete
  4. kaswi...pebeeret cik abg saya.. lame x wat ni...mintak kat k naz sketla..ehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...