Total Pageviews

May 15, 2012

BINGKA JAGUNG

 Assalamualaikum....



Tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua teman teman.. semoga kita sentiasa dihargai dan gembira menjadi seorang ibu.

Petang semalam saya mencuba bingka jagung yang dah lama saya intai di rumah Yatie.. cuma bila jadi agak lembek sedikit..mungkin saya perlu menggunakan bekas yang lebih besar agar bingka tu tak tinggi sangat.. jadi cepat masaknya..

Walau apapun... bingka jagung ni amat sedap..

Terima kasih wat empunya resipi....


BINGKA JAGUNG
Sumber : Yatie 
dan CMG

Bahan-bahan
* 250 gm tepung gandum
* 230 gm gula pasir
* 400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak/tin)
* 200 ml air
* 4 biji telur
* 1 tin cream style corn
* 2 camca besar minyak sapi (boleh guna mentega, dicairkan)
* 1/2 camca teh garam
* 3/4 camca teh pewarna makanan kuning
* 1 camca teh esen vanilla

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk sehingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream style corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega pada loyang, tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar selama 40 - 50 minit dan jika menggunakan bekas2 kecil, bakar lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bakar lebih masa sikit untuk mendapatkan kuih yang garing/kerak yg lebih.

6 comments:

  1. Waw..sedapnya..nak sepotong..

    ReplyDelete
  2. salam kak naz! tun suka makan bingka ^^ tuu... nmpk ada kerak tebal atas tu.. sedapnyerrrrr..

    ReplyDelete
  3. kalau bingka ni mmng kegemaran akak, sedap tu yg kerak2...

    ReplyDelete
  4. mesti dapur wangi jer bau jangung...ucu x pernah mkn bingka jangung...sian kan..

    ReplyDelete
  5. salam kenal Naz,masih ada lagi tak bingka tu lapo ni minta sepotong yg kerak tu sedapppppp

    ReplyDelete
  6. sedapnya bingka jagung ni kak...semaua bingka saya suka:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...