Total Pageviews

April 6, 2012

BINGKA KENTANG

 
Assalam..

Semalam dan kelmarin nampak Izah dan Yatie dok tayang bingka Kentang..terpanggil la kita nak cuba gak...

Macam biasa .. resepi dari mereka mereka yang otai ini memang berbaloi dan sedap..dan yang penting mesti jadi punya...hehehehhe..tanpa ragu ragu...

Terima kasih... (makin gemuz la kita..sebab yang makan kita gak..hahaha)


BINGKA KENTANG

Bahan-bahan.(loyang 8x8inci)-Yatie guna acuan pecah 8 dapat 4 keping kuih.
  • 1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan (nak kisar dngn daun pandan pun boleh)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna hijau dan sedikit pes pandan

  • sedikit bijan
  • 2 sb minyak utk sapu pd loyang -guna butter pun boleh
Cara-cara.
  1. Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas je utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong. 


    10 comments:

    1. kak naz....
      hmmmm..ni la rupa bingka kentang tu yerkk....
      cantikk la guna acuan bunga2 tu...
      nampak pun menyelerakan jerkk....

      ReplyDelete
    2. Salam kak naz, waaahhh! sana sini org buat bingka, kita ntah bila lah nak buat bingka nii, nk makan tp asyik buat benda lain :D

      ReplyDelete
    3. singgah sini nak rasa bingka kentang Naz, ada lagi tak..cantik ghuper bingka tu..suka akak tngk..tq sudi mencuba...bingka ubi cheese kat bawah tu pun geram tngk...bila ada ubi nnti akak cuba plk..terliur dah ni..

      ReplyDelete
    4. As'salam Nazrah

      k.ct paling suka dan gemar kuih2 melayu lama ni, kira makan tak akan rasa jemulah kan. cantik acuan kuih bakar tu Naz, nak gak sambar satu nanti buat koleksi kat dapur k.ct..hehehe

      ReplyDelete
    5. cantiknya kakkk.. lawa sangat bingkaa kentang akak.. tak letak pandan ek... lagi trasa lemak kentang tu kan. i likee

      ReplyDelete
    6. Assalamualaikum Nazrah,
      nampak cantik & lembut je bingka kentang tu, terasalah pulak kita tengah makan bingka dia!

      ReplyDelete
    7. Assallamualaikum kak ..
      Cam best jer bingka akak ni. Cantik je kejadiannya. Mesti harum bau pandan kan..

      ReplyDelete
    8. assalamualaikum kak naz.... welkam back!! lama betul x berasap dapur akak ni. windu je..

      ReplyDelete
    9. assalam kak Naz, semlm mai tak tayang lagi hari ni dah tayang..lawa tul bingka akak.sedapnya...nk blk pi buat gak la...hehe

      ReplyDelete
    10. Salam Kak ..nampak berseri plak bila tabur bijan kaler itam ni...

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...