Salam hari Selasa..... ambil mood jap..hehhe..nak menulis pun ambil mood apa lagi bila nak memasak..mood kena di cari..tapi semalam mood ok sikit kita buat talam keladi... Tapi tak tau kenapa bahagian atasnya terlembik sikit..mungkin merajuk sebab dah lama saya tak menalam..tapi rasanya tetap sedap dan enak...
Resepi kita dapat ketika belajar dengan Chef Asma.. (huh huh) lamanya saya tak pergi mana mana kelas..kalau tidak dulu hujung minggu suka menghabiskan masa belajar ke kelas kelas bakery...
Apa pun.. meh kita layan talam keladi untuk hari ini...
TALAM KELADI
LAPISAN BAWAH
Bahan Bahan
(A) 220 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300 ml santan pekat
700 ml air
(B) 250 gm keladi - buang kulit, potong kiub dan kukus selama 5 minit.
Cara-caranya :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS
Bahan Bahan
180 gm tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple
Cara caranya :
1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
Gambar dari Google Assalamualaikum... Hari ini akak nak berkongsi ilmu mengenai segala jenis kekacang (Sumber : Majalah Sedap) Ha...
-
Assalamualaikum.... Sewaktu cuti sekolah selama 2 minggu bulan Mei 2014 ini.. saya berkesempatan menghantar anak dara sunti ke kelas ma...
salam kak naz... tun x pernah menalam. huhu.. pandai makan je. lembik2 la lg sedap kak..
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletesedapnye..cantik dan menawan kalbu talam keladi tu..
Assallamualaikum kak Nazrah..
ReplyDeleteErmm dulu hujung2 minggu akak rajin gi kelas masakan yer.. Skrg dah aktiviti lain kan..hehehe..
Suka tgk talam keladi ni sbb ada kaler purple tu.. Cantik..
Assalamualaikum Naz,
ReplyDeletecantik dan sedap nampak talam keladi ni tapi kak Nur
tk berapa suker mkn keladi...hmmmm rugi kan!!