Total Pageviews

April 27, 2012

MUFIN COKLAT

  



Assalamualaikum...

Hari Jumaat..hari ini..hehe..macam budak sekolah plak.. Intai intai mufin coklat kat rumah yatie.. bukan apa nak menghabiskan stok serbuk koko yang kita tersalah beli..dah lah hitam pekat .. gelap. Habis mufin kita pun ikut gelap..

tapi gelap gelap si tampuk manis... makan mufin gelap tapi rasanya manis dan sedap... ewahhhhh... cuma kalau kita bagi kat anak buah dah tentu budak budak tu x nak makan kalau tak di hias dengan icing sebab hitam sungguh...

Apa pun kita layan mufin ..terima kasih Yatie dan Izah...

 
 

MUFIN COKLAT
Sumber : Yatie   dan Izah

Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe- Yatie letak 1 sudu teh je
  • sedikit garam
B
  • 2 cawan gula kastor (Yatie letak 1 3/4 cwn je)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah
C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2 ya.
**Yatie buat 3 cara, ada yg isi dlm 1/2 cup muffin,ada yg 2/3 cup muffin dan ada yg 3/4 cup muffin. Bila dah masak cantik yg di isi 2/3 cup. Selamat Mencuba.

4 comments:

  1. akakkkk..nak 10 ketoiii...
    sedappnya tengokkkkkkk....

    ReplyDelete
  2. salam dari oman kak naz - sedap tu mufin coklat.

    ReplyDelete
  3. sedapnya tgk muffin akak yg hitam manis tu..lama tk buat muffin ni:)

    ReplyDelete
  4. As'salam Nazrah

    k.ct pun dah lama juga tak buat muffin, anak2 k.ct kurang gemar dah muffin coklat2 ni. Tapi sesekali buat tu toleh sekali lagi kebelakang habis dah..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...