Total Pageviews

April 24, 2012

KEK KUKUS PELANGI

Assalamualaikum....

 

Dalam dok pening pening lalat ni..mata tak mau tido.. asyik banyak memikir. Akhir sekali kita pun ke dapur dok belek belek buku masakan lama... terpanggil untuk buat kek kukus plak.

Rasa kek ini sedap macam rasa apam kukus... tapi kita tambah perasa strawberry agar lebih wangi dan sedap...tak rugi mencuba...

Kita layan gambar ye teman teman..(sebenonya kita tak reti nak menulis apa lagi) hehehe.... 


 
KEK KUKUS PELANGI

Rujukan : Buku Steamed Cake
Dari rumah : Nazrah Bakery

Bahan2

250 gm mentega
5 biji telur gred B
250gm tepung superfine
225 gm gula caster (kita kurangkan kepada 180 gm)
100 gm susu pekat manis
1/2 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar esen vanilla

Hiasan : Pewarna dan perisa

Cara2

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan ayakkan ke dalam adunan telur dan kaub balik adunan.
3. DI bekas yang lain pukul mentega dan susu sehingga gebu.
4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur tadi dan sebatikan adunan.
5. Bahagikan adunan dan warnakan.
6. Acuan 8" bulat
7. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis dan tutup acuan dengan aluminium foil 
8. Kukus selama 1 jam 30 minit.

5 comments:

  1. salam kak naz...
    cantikknya kek..
    mas suka kek jenis kukus nie...
    nampak pun lembut gebu jerk...

    ReplyDelete
  2. kalau pelangi2 ni komppom cantikk jek. duk simpan telur jek dalam peti es nk buat kek kukus jugak tapi resepi kak fida tu. hehehe

    ReplyDelete
  3. Nampak gebu..menarik je bila dikaler2 gini kan kak naz.. :)

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum kak.
    wah..berpelangi di sini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...