Esok hari Rabu.. semua rakyat Malaysia akan menyambut cuti pertabalan Agung... dan esok saya bercadang membawa anak anak dan ahli keluarga adik ke Genting Highland untuk bercuti dan bermain bermain. Jadi hari ini sempatlah kiat buat kek pisang lembap untuk di bawa esok pagi...
Tapi tak tau la... sempat atau tidak untuk dibawa ..kerana sekarang ni pun dah habis setengah buku kek di makan anak bongsu saya ...
Kek ni memang sedap dan saya amat suka membuatnya mengikut resepi dari CMG.. terima kasih empunya resepi atas resepi yang sungguh enak ini.
KEK PISANG LEMBAB
Sumber : CMG
BAHAN
250gm tepung gandum )
1 s/t soda bikarbonat ) diayak bersama
1/2 s/t garam halus )
5 Biji telur gred A
15 g ovalette
15 g ovalette
150g gula halus
125 g mentega , dicair dan dibiarkan sejuk
100g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 s/t even vanilla , dilecek halus
CARA MEMBUAT NYA :
* Panaskan oven pada suhu 175C. Lenserkan tin dengan mentega dan ditaburkan sedikit tepung.
*
Putar gula dan ovelette hingga sebati, masukkan telur dan putar
dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan
bahulu)
* Masukkan pisang dan gaul rata. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega dan minyak jagung.
Salam Kak Nazrah...nampak gambar pun memang nampak moist sesangat kek ni..klu dapat hulur tangan ni, nak gak rembat seketul dua
ReplyDeletesalam kenal kak...Liza rasa pernah jugak buat kek ni, mmg sedap sgt kan...
ReplyDeleteSalam..x leh jadi ni sekali dtg sampai dua buku tu....x nak hantar yeee nak gajuk lah :-)....cantik naiknya tebal...
ReplyDeletesalam kak naz.. kek pisang mmg sedap! xkira la ikut resepi mana pun.. hihi.. mmh hantu kek pisang tun nih.
ReplyDeleteWah mengodas nampak.....bolehlah try....semua bahan ada. Apa cite lama menyepi????
ReplyDeleteAssalam kak, wahh dah abis raya yer..tukar lagu lain dah ni..haha gurau jer. sedap tgk kek pisang ni dah lama berangan nk buat tapi tak buat juga lagi..rasa kek akak dulula yer..hehe
ReplyDeletecomel anak akak..:)
betul2 nampak lembab kek ni...dah lama tak makan kek pisang..
ReplyDeleteLama tak singgah blog Naz ni....sihat? Of coz la kan.....nk bercuti tu. Slmt bercuti....hati2 drive Genting.
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Nazrah..
ReplyDeleteAmboiiii..sungguh lazat betul kek ni.Tengok anak dara tu makan jer dah tau confirm sedap..
Wa..mesti sedap ni..nak join la..
ReplyDeletecantiknya rupa kek akak ni..:)
ReplyDeleteSalam Naz..
ReplyDeletelama myer mama tak buat kek pisang ...
cantik jer kejadian kek Naz nie..