May 6, 2011

PENKEK UBI


"Penkek tidak pernah dilupakan orang kerana itu membuatnya sekerap mungkin pun, tetap akan dimakan. Apa yang penting variasinya jangan biasa saja. Penkek ubi ini contohnya penkek yang tidak membosankan"



Wah.....nampak tak ..nampak tak...kerana itu hari ini akak buatlah penkek ubi bagi menggantikan penkek biasa yg kita buat. Memang tak dinafikan..tidak membosankan apabila di makan dengan mentega atau jem lebih lebih lagi ngan peanut butter..memang best.

Kita turunkan resepi untuk teman teman

SUMBER : MAJALAH SEDAP

Bahan

2 biji telur
1/4 sudu teh garam
30 gm gula pasir
1 sudu makan madu
150 gm tepung gandum
1/2 sb serbuk penaik
100 gm ubi, di kukus dan di lecek
125 ml susu cair
1 sudu makan gula aising untuk taburan

Cara membuatnya :

1. Kisar ubi dan susu cair sehingga lembut. Ketepikan.
2. Pukul telur, garam, gula pasir dan madu sehingga gula larut dan pekat. (saya guna wisk jer). Masukkan campuran ubi dan susu tadi. kacau rata.
3. Tuangkan 1 senduk ke kuali anti lekat tanpa disapukan mentega yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Terbalikkan dan biar sehingga masak.
4. Hidangkan penkek dengan taburan gula aising.





6 comments:

  1. wah akak... sedapnya pankek tu akak... ermm.. nie guna ubi apap yer akak?

    ReplyDelete
  2. opss!! silap taip ler akak.. hehehe.. sorry.. guna ubi apa yer akak?

    ReplyDelete
  3. Salam kunjungan.. pandai nye buat pankek.. mmg tertarik nk makan.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum nazrah

    pancake ni kak ct rajin buat, nak2 kalau dah tak ada apa nk buat bf seawal pagi untuk anak2 dan Hb. nak buat pun tak lah payah kan..kira penyelamat surirumah juga lah ni.

    Ubi ada tapi akak nak rebus jer mkn dgn sambal tumis :DD

    ReplyDelete
  5. Diana ... Ubi kayu biasa saja...

    Bob ... terima kasih singgah...

    KCt .. kalau ubi rebus belum cuba lagi kat rumah ni..

    ReplyDelete
  6. baru nk tanya guna ubi apa.. hehe.. dh baca jawapan kt atas. rindunye nk mkn ubi kayu..

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...