Total Pageviews

May 29, 2011

KUIH KOCI LABU

Salam sejahtera buat teman teman...



Cuti sekolah telah bermula...tapi apa2 program pun tak rancang untuk anak2. harap harap minggu depan dapat bawa anak anak mandi manda.....Insyallah...


Kali ini kita merajinkan diri sikit buat kuih koci labu...labu ni dah berminggu ada kat dapur..semenjak kena sumpahan labu tu la..dok pening nak wat apa...kebetulan pagi tadi kita ke pasar ... nampak daun pisang terus ambil. Jadilah koci labu...kalau buat kuih lain nanti tak laku pulak..yg ni dah tentu tentu habis...

 
Masih menggunakan resepi seperti dulu.... selamat menjamu selera dan bergembira.

Bahan2 dan Cara2:-

Untuk doh:
  • Labu kuning - potong kecil dan dikukus
  • Tepung pulut
  • Garam
  • Daun pisang yg dilayur
  • Minyak masak

Labu yg telah empuk dilecek. Kemudian masukkan sedikit garam dan tepung pulut sedikit demi sedikit dan sehingga terhasil doh yg tak melekat kat tangan..macam buat onde2/buah Melaka. Bahagikan doh kepada saiz yg dikehendaki..leperkan dan masukkan inti tutup rapat dan bulatkan..celup dengan sedikit minyak masak. Kemudian bungkus dengan daun pisang. Ulanglah sampai doh habis. Lepas kukus hingga masak.

Untuk inti:
  • kelapa parut
  • gula melaka
  • gula pasir
  • daun pandan
  • air
  • garam

Larutkan gula melaka dengan air dan masukkan gula pasir dan kelapa parut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam. Masak sehingga hampir kering dan melekit.



5 comments:

  1. huwaaaaa....ngancam betoi..kita dah berkira2 nak buat sbb tgk rsp kat MYR haritu..rasa dia cemana? sedap? hihi...*daun pisang tgh banyak, ambik kat kg..hehe

    ReplyDelete
  2. cantik jer labu nih kalo jd kuih kn..yah sibuk2 buh pewarna..hehe..terliur lak nengok koci nih..dah bertahun2 x mkn..huhu

    ReplyDelete
  3. cantik menariknya tengok koci labu tu....
    nampak pun sedappp sangat...

    ReplyDelete
  4. sedapnya tgk kuih koci ni kak...cantik jer rupanya...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...