May 3, 2011

BLENDED CARROT ORANGE CAKE

Assalamualaikum......


Cuti panjang ni ke mana yer...tentu ada yang dah sampai ke Kampung, menghadiri majlis  perkahwinan, cuti cuti bersama keluarga dan apa saja aktiviti ..semoga gembira.



Hari ini ibu akak pulang dengan selamatnya dari menunaikan Umrah..alhamdulillah..tapi tak sempat nak ambil gambar sebab kepulangan beliau di KLIA di sambut oleh tetangga kerana akak sampai ke KL sebelah petang dari Bahau, Negeri sembilan.


Jadi malamnya..akak buat kek Blended  Carrot Orange Cake ... pandai pandai je kan derhakakan resepi orang..tetapi kejadiannya memang marvelous..sedap sangat. Rasa campuran carrot dan oren....kek tu pun elok gebus jer...


Buat teman teman saya salinkan resepi...


BLENDED  CARROT ORANGE CAKE

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

1 biji buah limau 
1 batang carrot (yang sederhana besar)
1 cawan minyak
1 cawan gula halus 
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
sedikit pewarna oren
1 sudu besar orange sunquic / perisa oren

Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Potong dadu carrot.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.



7 comments:

  1. Assalamualaikum nazrah..
    Alhamdulillah.. dah selamat kembali dr menunaikan umrah yer ibu nazrah.. Syukur..

    wah!!.. mesti lagi sedap nie kan kek nie...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. ibu nazrah dah selamat menunaikan umrah ya... cantik kek tu, bakar dlm silicon mould kan..

    ReplyDelete
  3. akak...rasanya mesti lagi sedappkan sebab ada carrot tu....
    cantik jerk bakar dalam bekas kecik2 tu...
    alhamdulillah.. mak kak nazrah dah selamat menunaikan umrah...

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum nazrah


    Alhamdulillah.. dah selamat mak ya. semoga mak Nazrah sihat2 ya.. aminnn

    wahhh... walau menderhaka namun maintai gebus dan nampak cantik. Betulah kek oren ni penyelamat segala kebimbangan kalau ada orang nak dtg rumah kan Nazrah.. hihihi. mana nak sambar silicon mould macam ni, comel betul.

    resipi ni pun kak ct akan simpan juga buat ubah sikit2 lah kan. Thanks nazrah :D

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum - comelnya kek .. kami pi tengok dinosaurs di Pusat Sains Negara ;-)

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum..

    Syukur, Mak akak dh selamat pulang ke tanah air..
    Wah kek oren versi lain lak . Bagus ni.. Ada buah & ada sayur.. Banyak serat kek ni..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Naz,

    wah ada perisa carrot mesti lagi sedap kan Naz?

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...