May 26, 2011

AGAR AGAR SANTAN PANDAN


Salam semua....


Masa cuaca yg tak menentu ni .. kalau melayan agar agar setiap hari pun ada baiknya. Hari ini kita layan agar agar santan pandan yang amat mudah sekali pembuatannya....


Apatalah lagi sekarang ni kita agak buzy dengan aktiviti terbaru kita..Nanti kita ceritakan aktiviti kita yer...



AGAR AGAR SANTAN  PANDAN
Sumber : Nazrah Bakery


Bahan -bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 3/4 cawan gula putih
  • 900 ml air
  • 120ml air ( sy guna 100ml santan kotak + 20 ml air)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan


Caranya:
  • Masak air dengan gula dan daun pandan
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.







    5 comments:

    1. assalamualaikum - teringat kat mama di Penang... dia suka buat agar-agar ni...

      ReplyDelete
    2. cantik !!!.terpegun akak tengok kejadian agar2 ni naz..musim panas2, ni makan ni pun sedap juga kan..

      ReplyDelete
    3. Sedapnya...nk bt takut x jd tang telur tu...hiiisave rsp dulula

      ReplyDelete
    4. As'salam Nazrah

      kak ct dan family suka agar2 macam ni. sedapnya ni nazrahhh. dah terasa2 kalau makan kan. nak cuba lah nanti :D

      ReplyDelete
    5. salam ....
      air lemon ke tu? aktiviti apa tu?

      ReplyDelete

    KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...