Total Pageviews

May 8, 2011

KEK TAPAI UBI


Assalamualaikum....

Sebenarnya kita dah simpan resepi ni agak lama ... dari rumah CMG. Bila ke pasar pagi atau pasar malam..kita beli tapai ubi konon kononnya nak buat kek ni...tapi sampai kesudah tak terbuat. Tapi ari ni tercapai sudah hasrat hati nak buat kek ni...memang sedap seperti yg digembar gemburkan oleh Che Mat tu..rasa manis dan masam2 mayonise serta tapai...tak sia sia jika mahu mencuba.....

  
Buat teman teman yang mahukan resepi..kita minta izin dari CMG yer.

Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)

150 gram tapai ubi, lecek dan buang jika ada urat2 ubi
75 gram gula halus
3 biji telur gread A
1/2 camca besar mayonnaise
1 camca teh esen vanilla
50 gram margarine*
25 gram mentega*(*cair dan sejukkan)
90 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/4 camca teh baking powder
15 gram susu tepung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tapai ubi dilecek halus, jika ada urat2 ubi keluarkan. Satukan tepung SLF, susu tepung dan baking powder, gaul rata dan ayak. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175, lenser acuan kek kegemaran, mat guna jenis silicone. Putar telur, mayonnaise dan gula hingga kembang dan pekat macam adunan kueh boulu.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tapai, putar rata. Masuk tepung sedikit demi sedikit hingga habis, akhir sekali masukkan margerine + mentega cair tadi, putar rata.
  4. Tuang dalam acuna dan bakar selama 40 - 45 minit. Sejukkan kek sekejap sebelum dikeluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan..


5 comments:

  1. assalam naz..puding tapai ubi pernah buat..tak tau pulak boleh buat kek jugak..
    akak siumpan resepi ye..teringin jugak nak cuba buat ni..

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum Nazrah


    SELAMAT HARI IBU buat Nazrah:DD

    kak ct pernah gak nak buat kek ni, bila dah beli tapai tu, asik dok makan kasi habis jer. kek kemana tapai kemana.. hahahaha. Cantik lah kek nazrah ni, mana kak ct nak sambar mould macam ni erk..mahal tak?? hehehe

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI IBU
    cantik kek ni, sure sdp rasa tapai..menarik jugak ni masuk list....

    ReplyDelete
  4. selamat hari ibu kak....
    wahhh..cantik la kek tu.....

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Ibu buat semua...

    KCt..mould tu beli kat kedai bakery ..murah jer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...