May 25, 2011

AGAR AGAR CENDOL

Assalamualaikum....



Dah lama rasanya tak buat agar agar. Petang ni kita buat agar agar cendol. Resepi kita dapat dari Mek yang duduk di Thailand tu... 

Sekali sekala wat agar agar memang sedap...time time plak waktu cuaca panas dan tekak asyik kering jer.... wat pencuci mulut...
Sila silakan lah yer...layan gambar ni...

Sumber : Ika (Arah)

AGAR AGAR CENDOL

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )>>kita buat stgh adunan jer!
  • Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam

  • Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah(yg ni kita kurangkan kepada 130gm)
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur>>Yg ni kita omit
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Bagi Lapisan Bawah
  2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
  5. Bagi Lapisan Atas
  6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
  9. Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
  10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

11 comments:

  1. akak...sedappnya tengok agar2 cendol tu...

    ReplyDelete
  2. hem... pernah sekali saja buat agar2 cendol ni masa di Brunei. senang2 boleh buat lagi ...

    ReplyDelete
  3. Salam kak! sedap tuuuuu puding cendol! nak buat cendol malas tak jd puding lerr nii hihihi... oh ya kak, tang double acting baking powder tu kita tak sure tp boleh jer guna baking powder biasa lebihkan kuantiti dia sikit jgn2 byk2 nanti kang takut pahit :D

    ReplyDelete
  4. Assalam kak,wah puding nihnmpak cute sgt..Sure rasa pong sedap kan..Xpernah wat lagi nih..

    ReplyDelete
  5. amboi...cun seh menu..itik tu watpe kat sebelah/ hihi...bln ni dah brp kotak dah saya habiskan santan kotak..huhu..tak sanggup nak beli lg..hiii..tggu bln dpn...

    ReplyDelete
  6. Assalam nazrah,
    cantiknya jello mu...itu..rasa nak ngap aje 1 yang kat atas..mesti ada rasa2 cendol gitu ya..

    ReplyDelete
  7. As'salam Nazrah

    emmm.. sedapnya. kat rumah yatie pun ada. masuk kat sini pun sama juga sangat sedap. lain kali buat melebihi loyang tau, boleh kasi kak ct sikit.. hihihi

    ReplyDelete
  8. sedaaapnya agar2 cendol tu akak.. wah ramai yg buat puding n agar2 yer... tergoda tgk... tp x berapa reti nak buat.. huhuu

    ReplyDelete
  9. Wahhhh cantiknya mould agar2 tu... Best agar2 cendol ni..Naz suka...

    ReplyDelete
  10. talam cendol akak dah selalu buat,agar2 belum pernah buat lagi..nanti nak cuba lah..kenduri kawin dah nak bermula pun kan?boleh lah buat ni sebagai juadah utk org ramai makan2 sambil2 sembang2 sambil2 tu potong2 bawang bagai kan?..

    ReplyDelete
  11. uwaaa samalah menu kita..puding cendol....sedapkan puding ni...akak nak rasa yg bintang tu..ada lagi tak...

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...