May 9, 2011

LAYAKKAH AKU MENYAMBUT HARI IBU????



 
Layakkah aku ? itulah persoalannya...





Tak pernah aku meluahkan kekesalan di hati atas apa jua perjalanan hidupku..aku redha dan aku bersyukur dengan nikmat yang kemewahan yang diberikan oleh Nya terhadap ku...
Tapi aku miskin... miskin....miskin....kerana aku miskin anak anak...

Tapi aku bersyukur diberikan penyeri kehidupan dalam melayari rumahtangga yang mana dapat menggembirakan aku....



Anak anak ini... ketika ku ambil masih suci bersih..yang tak tahu apa apa...

Ameera
 Nur jannah Ameera kini telah berusia 8 tahun..ketika ku ambil..baru berusia 1 hari..kedua orang tuanya mempunyai masalah keluarga dan tanggungan anak yang ramai...dan kini membesar sebagai anak yang amat pintar dan sentiasa menjadi anak kesayangan Mama....


Aweera

Aweera ...tanggal 10 Mei ini adalah hari lahir nya...masih aku ingat ketika dilahirkan 3 tahun yang lalu..ketika itu adalah Hari Ibu....juga seperti kakaknya..aku pelihara sejak berusia 1 hari...ketika menerimanya aku bagai kan terkesima kerana diberikan anak pada hari Ibu .. . Kini telah meningkat dewasa dan cerdik... 


Mereka permata hati ... telah diamanahkan kepada aku untuk menjadi ahli keluarga ku...Keluarga mereka entah kemana...dari dua zuriat yang berbeza keluarga dan latar keturunan...itu tidak pernah membuatkan aku membezakan kedua duanya...sayang yang aku berikan seperti kasih sayang ibu sejati...aku cuba menjadi ibu yang baik walaupun bukan aku yang menyusukan mereka...bukan aku yang melahirkan mereka....dan aku tak pernah merasai nikmat nya mengandung dan melahirkan bayi....


Jadi layakkah aku menyambut Hari Ibu?

sedih bukan..baru kali ini aku mengalirkan air mata ..kerana selama ini aku tak pernah memikirkannya kerana kini anak ku yang sulung telah pandai mengucapkan "selamat hari ibu, Ameera sayang Mama" dan menghadiahkan bunga ros yang dibelinya di sekolah...


Aku juga ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu' kepada ibu kandung anak anak ku...terima kasih kerana telah melahirkan mereka untuk aku....dan telah menjadikan aku seorang ibu dan menjalankan tanggungjawab ibu...

Cuma yang ku harapkan..mereka juga akan menyayangi aku ketika aku tua nanti ..dan tidak meninggalkan aku serta membezakan aku ..kerana aku hanya IBU ANGKAT dan aku tak malu untuk menyatakan pada Dunia bahawa kedua duanya adalah anak angkat ku kerana aku percaya satu hari nanti mereka berdua juga akan tahu bahawa aku bukan ibu KANDUNG....

Aku menumpang kasih mereka...bukan mereka yang menumpang kasih aku...

Wassalam..... Layakkah aku????

10 comments:

  1. Kak Nazrah..

    Assallamualaikum kak.. Baru tau storynya... walau apapun, bagaimana cara sekalipun kita memperolehi permata hati, apabila kita sendiri dengan redha menyandang tugasan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu, insyallah layaklah kita untuk bergelar seorang ibu..
    Jangan sedih ye kak.. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..Insyallah..

    ReplyDelete
  2. salam kak ...
    mas pun baru tahu cerita akak ni...
    akak...akak memang sangat layak menyambut hari ibu...
    walaupun akak tak mengandung dan melahirkan..akak telah membesarkan anak2 akak tu dengan sebaiknya...
    akak telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu sebaik mungkin...
    insyaAllah...
    setiap yang berlaku...pasti ada hikmah tersembunyi...hanya Allah yang mengetahui segalanya....
    aweera dan ameera adalah anugerah yang tak ternilai yang diberikan pada akak dan suami...

    ReplyDelete
  3. ... tun mengalirkan air mata tanpa sedar.. berat dugaan yg diberikan, tun paham kerana tun pun masih menantikan nikmat cahaya mata. hampir 2thn mendirikan rumahtangga, bila ada ahli keluarga dan kawan2 yg mdpt cahayamata baru mmg sgt terkilan rasanya.
    tun doakan akak sentiasa tabah. moga anak2 akak menjadi anak yg solehah dan menghargai kasih-sayang yg akak curahkan.
    SELAMAT HARI IBU KAK NAZRAH

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak...
    Akaaak.. sememangnya akak layak dan teramat layak menyambut hari ibu akak.. Tak perlu d ragu dan d persoalkan lagi setelah akak berkorban kasih sayang.. masa... dan segalanya demi anak2 akak.. wpun bukan anak kandung.. namun bagi diana mereka ler anak2 kandung akak dunia akhirat..

    Selamat Hari Ibu Buat Akak...

    ReplyDelete
  5. salam naz.. terharu baca coretan naz ni.. sabar la ya.. apa yg Allah rencanakan utk hambaNya adalah yg terbaik.. naz tetap layak dipanggil ibu, kerana naz telah mengasuh dan mendidik mereka dari tapak kaki selebar 2 jari.. insyaallah ada ganjaran utk naz di dunia dan diakhirat nanti..

    ramai naz yg diberikan kesempatan mengandung dan melahirkan tapi mengsia2kan anak2 dgn membuang, memberikan mereka pada org lain.. tak hirau langsung keadaan anak2.. yg tau, bila anak2 dah dewasa, ungkit kisah yg aku ni ibu kamu, kamu kena ikut dan taat.. kena tau hukum, ibu tetap ibu tp pengorbanan membesarkan anak2 bertahun2 lebih besar dari pengorbanan mengandung dan melahirkan.. mmg la melahirkan besar gak pengorbanan tu.. tp sakit masa tu jer la kan.. tp membesarkan dan mengasuh tu.. bukan satu tempoh yg sekejap..

    sabar la ya.. bg akak naz tetap layak.. selamat hari ibu ya naz... :)

    ReplyDelete
  6. salam naz
    agak lewat kak sampai.. kak tak berapa sihat sbb tu dah beberapa hari ni jarang BW kat umah kwn2 kita. masa sihat sehari 4,5 kali on9..
    nazzzzz... kak ilah menangis ni..sedih terharu baca N3 naz.. sama mcm kwn2 kak baru tau kisah..
    tahniah kak ilah ucapkan krn menjadi ibu kpd anak2 naz.. naz mmg layak..syukur..
    naz akak dibesarkan oleh nenek ketika usia 9 bulan sehingga berkahwin baru nak "kenal hati budi mak" kasih syg ttp tertumpah pada nenek.. sebab bila celik kita dah paggil mak pada nenek..ayah pada atok.. kasih syg mak asal/betul pada kak tak sama mcm mak2 yg lain.. mmg agak kurang dan kurang mesra.. kami 4 beradik tidak dipelihara oleh mak.. hanya sorg jer yg bongsu tu berbin lain.. mmg mak sgt syg pada yg bin lain tuuu.. 4 org ni mcm anak org lain.. ..perit menangih ksh syg sorg ibu ... jadi naz pelihara sebaik mungkin insyllh anak2 naz akan syg naz mcm kak ilah syg nenek..

    ReplyDelete
  7. Assalamulaikum Nazrah

    Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar dan melihat setiap apa yang berlaku. Dan orang2 yang mulia hatinya akan mendapat ganjaran yang besar apalagi seorang IBU yang membesarkan anak2 dengan kasih sayang tampa diminta balasan. kak ct rasa terharu dengan pengorbanan dari Nazrah ni. Rasa memang tersentuh dan sedih sangat2. Tapi bersyukurlah semoga anak2 ni akan menjadi anak2 yang soleha dan akan mendokan IBU nya hingga ke syurga..insyaAllah...aminnn

    ReplyDelete
  8. Sedihnya ira kak....
    Sememangnya kita layak naz, apatah lagi naz menjaganya sebaik mungkin. semoga mereka menyayangi naz sebagaimana naz meyayangi mereka.
    salam sayang buat naz dan Selamat Hari Ibu buat Naz...

    ReplyDelete
  9. Assalam nazrah..
    memang terharu bila membaca luahan hati nazrah..
    sesungguhnya apa yang nazrah lakukan ini ada lah something yang harus dibanggakan..walaupun ada setengah2 tak mau mengambil anak angkat walaupun tidak mempunyai anak sendiri kerana mereka rasa,
    anak angkat dengan anak betul ada sikit 'leceh' tentang 'muhrim'..Akak rasa sungguh kagum dengan nazrah, sebab bukan satu tapi dua sekali nazrah menjaga macam anak sendiri..memang tidak dinafikan..Nazrah layak!!!..mudah2han dengan pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan..Allah akan membalas segala2nya ..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas sokongan dan nasihat rakan rakan semua..semoga kita semua akan diberkati...

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...