May 5, 2011

TALAM SAGU



Macam biasa ....kita mesti tertinggal keretapi. Bila buat kuih ni kena ikut mood..jadi semalam petang mood untuk menalam tu ada ...  lagi pun ada sagu  yg lama ada kat dapur tu...

Kita tengok ramai teman teman dah buat kuih ni..jadi kita rasa tak payah la nak komen panjang panjang cuma abg kita kata memang sedap....resepi yg boleh diulang lagi. Resepi ni kita copy dari rumah Mas...


Minta izin untuk C&P resepinya :


Talam Sagu
Copy dari rumah : MAS (DUNIAKU)

Bahan :
Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - akak letak 1 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan. 
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Mas kukus 15 minit jerk sebab guna acuan lompang.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Mas suka buat dalam bekas yang kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni. Mas ni bab potong kuih2 talam ni agak lemah sikit sebab kuih ni kan lembut...takut herot berot lak..he..he..



 SELAMAT MENCUBA .....

8 comments:

  1. haha.. kak naz kene tinggal ketapi, tun tiket ketapi pun xbeli lagi. aritu masa mula2 tgk kt umah kak mas, mmg teruja. pastu x cukup bhn, lgsg dh hilang ke'teruja'an tu. hehe.. smp skrg x wat lg.

    ReplyDelete
  2. wahsedapnye nmpak..kak, nnty amik taq kat umah sy ye..tq:)

    ReplyDelete
  3. uwaaa dah wat gak ya....sedapkan talam sagu ni..sejuk je tekak...

    ReplyDelete
  4. salam naz...cantik nye talam sagu..berkilau2 bak mutiara

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum - cantik talam sagu ...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum akak..
    wah cantik tau.. diana suka tgk... :)

    ReplyDelete
  7. Assalamulaikum nazrah

    ni dah bukan walawei lagi dah ni.. memang mengancam sangat2 dah. kak ct memang tak akan menolak kalau ada yang nak bagi makan free.. hehehe. cantiknya nazrah jujur cakap ni :DD

    ReplyDelete
  8. wow, sana sini bersago..
    musim sago pulak didapur2 kita kan..hehe

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...