May 4, 2011

ROSSELLE TIRAMISU BISCOTTI


 Assalamualaikum....

Lepas buat jus rosselle, baki buah tu akak buat jem...dapat satu bekas jem seperti di bawah....

Hari ini akak menderhakakan Strawberry Tiramisu yang akak dapat dari rumah K.Nor. Bukan apa..nak menghabiskan jem rosselle tu...jem tu ada rasa manis dan masam masam sikit...sedap buat filling..

Kalau lepas ni ada masa..boleh wat filling swiss roll plak kan...


Jadi akak minta izin dari K.Nor untuk salinkan resepi nya...



ROSSELLE TIRAMISU  (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry / Rosselle) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit (akak tak letak)
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.(akak pun tak letak)

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm acuan.






6 comments:

  1. mak aih.sedapnya versi rossele nih....susah nye nak cari rossele kat sini

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum - nak nangis tgk tiramisu!!

    ReplyDelete
  3. adusss tergodanya tengok tiramisu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nazrah..
    tengok pun dah nmpk sedap nie... nak ckit.. ;)

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum Nazrah

    Macamana bole terlepas pandang resipi yang sedap hingga menjilat jari ni erk..adehhh kecurnya nampak sedap sangat. kak ct belum pernah buat tapi nak cuba buat juga satu hari nanti. kak ct kiv resipi dulu lah ya. mintak halal Nazrah, maehhhh :D

    ReplyDelete
  6. canteknye tiramisu rossele tuy...first time ni org wat tiramisu gune rossle..pasni sy nak try improvise wat tiramisu doyan lak le...blh ke?ekekek

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...