May 11, 2011

BLENDED CARROT AND ORANGE CAKE LAGI....LAGI....



Ni kita buat lagi blended cake..tapi campuran carrot, orange dan chocolate rice.  Kita buat dalam cupcake kecil kecil supaya senang nak makan kerana kek ni akak buat untuk makan makan di airport sementara tunggu kapal terbang.



Family akak...ibu, makcik dan anak saudara terbang ke Surabaya selama 7 hari untuk bercuti.  Kalau ramai ramai camni ..nak makan kat LCCT alamatlah.. beratus ratus pun tak cukup...makan MC Donald sikit pun dah bayar RM70.00... jadi wat kek ni jadi alas perut.
 

Memang sedap blended cake ni..kalau rajin boleh di experiment dengan mencampurkan sayur atau buah buah an lain....insyallah kita akan cuba lain kali...
BLENDED  CARROT ORANGE CAKE

Bahan-bahan

1 biji buah limau 
1 batang carrot (yang sederhana besar)
1 cawan minyak
1 cawan gula halus ( lain kali kena kurangkan sikit sebab Nenek cakap manis sangat)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
sedikit pewarna oren
1 sudu besar orange sunquic / perisa oren
Chocolate rice secukupnya.

Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Potong dadu carrot.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati. Campurkan chocolate rice.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 


(kalau guna acuan muffin tu bakar dalam 20-25 minit jer)



6 comments:

  1. waaa seronotnye g jln2... nk ikooottt..hihi

    ReplyDelete
  2. Wow! ni lagi special...gabungan kedua-duanya

    ReplyDelete
  3. Salam wah best tu g jln yeeee.buat lg kek oren
    tulah ak pun ingat ak buat lagi tp x terbuat heheh byk kerja ni...tp mkn nak hehehehsdp tu letak chip ..

    ReplyDelete
  4. rajinnya akak buat lagi kek oren ni....
    comei gebu jerk kek tu...cantikk..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak...
    wah lagi n lagi... n semakin cantik buatannya kek nie...

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...