Total Pageviews

May 24, 2011

PANACOTA STRAWBERRY



Assalamualaikum......

Hari Ahad lepas,  kita pergi Kelas Fotography Kanak Kanak di Tasik Cyberjaya.. dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Awal awal kita dah keluar dari rumah untuk menimba ilmu pengetahuan.


Sampai kat rumah dah jam 2 petang... bila panas panas camni teringin nak makan agar yg sejuk. Tengok kat rumah K.Nor nampak menarik sangat Panacota kiwi yang beliau buat. Tapi kita nak menghabiskan stok strawberry.

Buat k.Nor minta izin kita salinkan resepinya : 

Sumber : K.Nor

Bahan2
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila (Kita terlupa letak)
 beberapa biji buah strawberry ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah strawberry ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri strawberry  keatasnya dan bolehlah dihidangkan.






  

7 comments:

  1. akak..nak segelas...
    sedappnya tengok...

    ReplyDelete
  2. wahhh.... glemer nyer pana cota ni ye.. mcm2 versi dah ada.. akak nyer versi strawberi ni nmpk sgt sedap.. kaler dia pun omey je =)

    ReplyDelete
  3. Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  4. As'salam Nazrah

    sesuai.. memang sesuai makan dalam cuaca panas macam ni haa. siap sedialah dengan puding atau apa saje yang sejuk2 kan. cantik gambar.. panacota strowberi ni pun sangat sedap.

    ReplyDelete
  5. panna cotta, yang pertama akak makan adalah mango..sedapppp..tapi kalau buat sendiri rasa2nya akak sorang yang makan....sedap namapk yang strowberi ni pulak..

    ReplyDelete
  6. Looks too good..

    New to ur space and Following U :)

    Do visit me as time permits
    http://comeletseat.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. sesuai sekali dalam cuaca panas ni:)sejuk tekak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...