May 19, 2011

STEAM MOIST CHOCOLATE CAKE


Masa cuti Wesak hari tu, kita sekeluarga telah berpiknik di Port Dickson. Nanti kita masukkan N3 ketika cuti cuti tersebut. Kerana percutian tersebut bersama keluarga 2 orang adik (yang sorang anak 6 dan sorang anak 1) dah tentu anak buah ramai. Sebagai pencuci mulut sebelum pergi tu kita sempat lah buat Steam Moist Choc Cake (resepi dari Chef Zubaidah) yang fofular tu...

Buat dalam bekas bekas kecil, senang biar tak berebut anak anak buah, sebab kek ni memang favourite mereka...


Ini adalah salah satu Resepi Kek yang terdapat di dalam buku "Steamed Cake" yang mana resepi oleh Zubaidah bt Chepa.. sangat moist dan lembut..

Resepinya :

Bahan-Bahan (A)

100 gm serbuk koko
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis

Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B

Cara-Cara.

1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja) (saya guna whisk jer)
6. Kukus selama 1 jam 30 minit dan taburkan choc toping (hias ikut suka)



Selamat menjamu mata....

12 comments:

  1. wah! terima kaseh atas idea ini naz,boleh jugak buat kek ni masa kitorang nak kePD 29 hb ini nanti.

    ReplyDelete
  2. comelnya... amboii hakak kite tu nak jenjalan PD.. akakkk nimm nak itutt

    ReplyDelete
  3. comel nya mmg npk cute bila buat dlm bekas te'cik hehehh menarik npk mmg sdp sagat...cam nak capai aje...

    ReplyDelete
  4. kiut miut lah kek nazrah ni..
    cantik..

    ReplyDelete
  5. akak..comeiinya kek tu...
    cantik menarik tau..

    ReplyDelete
  6. seronoknya berpiknik reramai kan naz..sama lah kita..wesak hari tu pun kita pegi ambil udara laut jugak..hehe
    comel dan cantik bila dikukus dlm bekas kecik2 mcm tu..

    ReplyDelete
  7. Love the rich chocolatey and moist cake, looks yumm.

    ReplyDelete
  8. akaaak... cantik sungguh kejadian kek nie... comel! nmpj sungguh sedap...

    ReplyDelete
  9. drooling.. drooling.. tiap2 ari mkn pun xpe nih.. huhu

    ReplyDelete
  10. Kak Nazrah..
    Tomeinye..bentuk star lagi.. Tu guna bekas silikon lah tu kan..hehehee..
    Mmg tepat pilihan akak. Kalau gi picnic buat cam gini jer senang nak bawak dan senang nak makan...

    ReplyDelete
  11. As'salam Nazrah

    sedap nya kek coklat ni, yang meleleh tu yang sedap dok colek2 ngan jari dulu..hihihi

    cunnya acuan kek tu..sangat sukaa!

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...