Assalamualaikum..... petang ni kita buat Talam Keladi..dah lama rasanya tak menalam.. kerana ada keladi yang dibawa dari kampung...kita pun buatlah Talam Keladi. Macam biasa resepi ni kita dapat dari Kelas Chef Asma...memang sedap dan menarik kuih ni...
Buat teman teman kita salinkan kembali resepi .
Sumber : Chef Asma
LAPISAN BAWAH
Bahan Bahan
(A) 220 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300 ml santan pekat
700 ml air
(B) 250 gm keladi - buang kulit, potong kiub dan kukus selama 5 minit.
Cara-caranya :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS
Bahan Bahan
180 gm tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple
Cara caranya :
1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
nyumm! rajinnyer kak nazrah menalam.. ce kasi sket aura rajin tu kat tun..huhu
ReplyDeletecantik kaler purple ...
ReplyDeletecantik la naz..nmpk pun dah tau sedap punyer..
ReplyDeleteKak Nazrah..
ReplyDeleteCantiknya talam tu..I like the colour!
Assalam naz,
ReplyDeleterecipe talam keladi yang chef asma punya ni akak belum try nanti nak try jugalah..nampak sedap & cantik..
kaaak..my peberet!
ReplyDelete