Total Pageviews

October 8, 2011

KUIH KUKUS BAWANG GORENG


Assalamualaikum...


Dua tiga hari lepas kuih kukus bawang goreng Izah the very popular di blog teman teman... Kita tengok ada dua tiga orang teman teman blog dah mencuba resepi ini.. Hari ini kita pulak nak mencuba...

Masa mengukus nya pun dah terbau wangi bawang goreng...belum rasa lagi.... bila ngap masuk mulut jer....hmmmm.... tiada yang tak sedap..semuanya sedap belaka....hehehehhe.. macam talam berlauk plak rasanya....



Terima kasih ye wat mek Izah yang sudi berkongsi resepi..


KUIH KUKUS BAWANG GORENG

3/4 cawan + 2 sb tepung gandum 
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

caranya:

Panaskan kukusan. 
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.


 *kuih ni dapat kecik comel je.  Kena gunakan loyang palingg kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa. 



9 comments:

  1. mmm,wanginya bau bawang goreng..nmpak sedap! :)

    ReplyDelete
  2. Kak nazz...
    Alahaii lawo je rupa potongannyer tu.
    Sedap kan kan.. Sama la seleraa kita. Tapi talam berlauk saya tak pernah lagi rasa..

    Tq kaknaz sudi cube kuih ni. Dan suke dengr bila akak suke dan kna ngan selera.kuih akak tu sebiji rupa kuih klong saya buat. Warne n bwg goreng yg jarang2 gitu

    ReplyDelete
  3. hehe..sama kan menu kita..tu ijahdaut kata rupa kueh naz sama dgn sifu kueh ni.lenkali akak nak buat gaya naz ni pulak..hijaunya lite2 je kan?...

    ReplyDelete
  4. ramainya yg dah buat kuih ni..saya pun rasa kuih ni macam talam berlauk..pernah buat dulu kuih talam berlauk...yg ni duk peram resepi lagi...hehhehe

    ReplyDelete
  5. Sedap masakan anda sungguh mengkagumkan...


    *jgn lupa saksikan Masterchef Malaysia 22 okt 2011 di Astro Ria...

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum kekandaku..
    Wahhh.. tak pernah makan kuih ni. Buat lagi lah tak pernah. Mcm terbau2 jer harum bawang goreng tu..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak...
    esook nak buat gak nie.. mmg x tahan dok tergoda tgk kuih nie.. sedapnya tgk..

    ReplyDelete
  8. sedapnya naz..terbau2 bwg grg kt sini..bila nk cuba ye?...

    ReplyDelete
  9. wow..sounds scrumptiously tasty..
    first time here..love your space..
    very interesting posts..
    Am your happy follower now..:)
    do stop by mine sometime..
    Tasty Appetite

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...