June 14, 2011

PUDING SAGU DENGAN PATI SANTAN


Assalamualaikum....

Untuk minum petang hari ini, kita buat Puding Sagu dengan Pati Santan. Jumpa resepi Kak Nor dalam MyR.



Memang sedap dan mudah..boleh habis 2 mangkuk kalau makan sejuk sejuk.

Minta izin Kak Nor untuk salin kembali resepinya...


PUDING SAGU DENGAN PATI SANTAN

Sumber : Kak Nor Secubit Garam @ myR

Bahan-bahan ( 6 bekas )

  • 1/2 cawan sagu
  • 1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung
  • 3 cawan air
  • 1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
  • 2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar)
  • Bahan2 utk pati santan:
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
  2. Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
  3. Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
  4. Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
  5. Cara2 utk membuat pati santan:
  6. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
  7. Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan..

13 comments:

  1. jadi teringat lak kesedapan puding ni.....

    ReplyDelete
  2. Singgah sini nak merasa puding ni...ira copy resepi ye

    ReplyDelete
  3. waduh sedapnya puding sagu ni..nak wat gaklah...terasa2 kesedapannya ni..nmpk gaya, kena buat cepatlah ni....

    ReplyDelete
  4. mmg sedap. makan sejuk2 sedap.

    ReplyDelete
  5. salam
    sdppppppppppp suka sagat mkn kuih yg be sagu....mcm ada dpt mata aje....nak...esk buat leeee....sagu dahabis kemarn buat maggo sagu...

    ReplyDelete
  6. naz, k.nor baru jer berangan dua hari lepas nak buat puding ni.. alih2 naz dah buat dulu hehe.. sedap kan masuk tekak

    ReplyDelete
  7. sedapnya tgk puding sagu ni...ramai dah yg buat saya gak tak buat-buat lagi..hehe

    ReplyDelete
  8. memang sedap gilos puding ni..akak dah pernah buat tapi tak post..camne leh tak post?akak pun dah lupa..kuikuikui...
    meh semangkuk nak rasa,ada lagi tak tu?

    ReplyDelete
  9. Salam Nazrah..
    mama pun dah merasa..mmg sedap mkn time sejuk2 :P

    ReplyDelete
  10. jeles ni, nak buat petang nanti..

    ReplyDelete
  11. suke makan sagu. tp biasanye makan dgn susu cair dan buah buahan dlm tin. nnt nak cube la yg versi ni.

    ReplyDelete
  12. sweetnyer kaler puding sagu nih... :)

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...