Assalamualaikum....
Dah beberapa hari rumah kita ni tak ceria...bukan aper..sehari dua ni kita sibuk sedikit. Mood memasak di dapur pun hilang gak.
Hari ini kita bercadang nak bawa anak2 berkumpul bersama anak saudara mandi manda. Jadi buah tangan yang senang di bawa adalah kek Kukus Coklat. Tapi kali ini kita tak letak choc ganage..kosong gitu jer pun dah sedap..
Ini adalah salah satu Resepi Kek yang terdapat di dalam buku "Steamed Cake" yang mana resepi oleh Zubaidah bt Chepa.. sangat moist dan lembut..
Resepinya :
Bahan-Bahan (A)
100 gm serbuk koko
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis
Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B
Cara-Cara.
1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja) (saya guna whisk jer)
6. Kukus selama 1 jam 30 minit dan taburkan choc toping (hias ikut suka)
cutenya kek... berkenan dgn mould. :)
ReplyDeleteomey!! kalau kek coklat kompom plg cepat laku =)
ReplyDeletesedanya..mould pun cantek:)
ReplyDeleteSalam Nazrah...
ReplyDeleteNi anak2 mesti suka..comel jer :)
Salam kak! comel lerrr! nak2 yg twinkle twinkle star :D kat sini mmg tak de jumpalah silicon2 mcm ni sume sama pattern jerrr tak best langsung! huh! baru balik ni kak sbb tu lmbt dtg sini :D
ReplyDeleteCute cakes!!! Cute moulds :)
ReplyDeleteuwaaaa cantiknya kek comel ni...anak2 pasti suka nak mkn, lebih2 lagi yg berbentuk star tu...
ReplyDeletebest gak kalau buat kek ni dlm bekas kecik2 macam ni kan?
ReplyDeletemenawannya mas tengok........
ReplyDeletenanpak pun sangat sedapp la kak..
Alaaa..tomei..tomei..cantik menawan.. Acuannya pun menggoda I lah..heehehee..
ReplyDeletekak sy pun ada buku resepi steam cake tu..bestkan??
ReplyDelete