Total Pageviews

June 30, 2011

TALAM GULA MERAH



Assalamualaikum....

wah lama sungguh kita tak update blog ni....semangat di dapur masih belum pulih sepenuhnya...harap harap ianya tak akan hilang selamanya....

hari ini kita buat kuih Talam Gula Merah.. Sekali makan memang sedap ...saya kurangkan sukatan gula dan yang ni memang dah elok manisnya. Lembut dan mudah dibuat..

Kita salin resepinya :




KUIH TALAM GULA MERAH
Sumber : Teratak Nurkasih

Bahan2nya ( guna loyang 8 x 8 )

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air gula merah ( 1 1/2 cawan gula merah + 1 cawan air) di masak dan disejukkan
2 cawan santan cair

Bahagian Atas

1/2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
4 sb tepung jagung
1 sk garam


Cara2 ..


Sapu sedikit minyak pada acuan. Campurkan semua bahan A dan kukus kira kira 15 - 30 minit. Bila masak gunakan garpu untuk melorek permukaan lapisan gula merah. 


Bahagian atas...


Satu kan semua bahan dan masak sedikit di atas api dan jangan sampai bergentel. Kemudian tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus hingga masak.


Hidangkan bila sejuk.





11 comments:

  1. Salam Kak, Sedapnyer talam sana sini org buat talam kita pun dah rasa gatal tgn jugak nk buat talam hihihi.... Agak2 talam mkn dgn kelapa parut sedap eak Kak hihihi...

    ReplyDelete
  2. wahhhh....kuih kita sama la...
    macam berjanji lak kan kak...

    ReplyDelete
  3. salam sdp ni ramai yg menalam ye....merih sunguh warna pun cun...nak cuba leeeee...

    ReplyDelete
  4. uwaaaa ada kuih talam gula merah kat sini..tadi ada kat umah Mas...mana satu nak cuba ni...nmpk menyelerakanlah..sedap..

    ReplyDelete
  5. assalam naz..akak acik ambik resepi ye..acik ni memang peminat gula merah..pantang ada gula merah..mesti berminat..

    ReplyDelete
  6. kak naz.. omeynyer kuih talam kak naz.. tun x cukup kerajinan nak menalam. duk 2 org je kat umah ni, xde org nk habiskan.. tun tumpang makan yg akak je la deh =)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak...
    wah cantiknya talam gula merah tu akak... diana x pandai lg buat talam nie.. nmpk sedap... comel plak tu

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum nazrah - cantik talam, rajin sungguh. have a nice weekend!

    ReplyDelete
  9. As'salam Nazrah

    kalau dapat makan tu2 kali ngap jer dah habis dalam mulut. cantiknya melapis suka makan, tapi nak buat tu pikir 2 kali lah, tak rajinnnn..hihi

    ReplyDelete
  10. sana sini org menalam..rajin sungguh!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Naz,

    lama kak nur tk menyinggah sini...mcm2 hidangan yg sedap2 ada disini...akak berkenan kuih talam nie...lemak tk rasanya Naz??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...