Total Pageviews

July 5, 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE





Assalamualaikum.....

Alhamdulillah..akhirnya hari ini dapat gak kita upload satu N3...kalau nak tahu..sejak kebelakangan ini susah betul kita nak ke dapur...macam macam penyakit ada....apatah lagi di campurkan dengan kepenatan yang teramat sangat...
Hari ini kita berkesempatan buat kek yang ulang tayang..memang sedap dan simple....

Harap teman2 tak merasa bosan melawat rumah kita....



SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
by: Dayang

1 cawan tepung gandum - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko - ita guna Tudor Gold
2 sudu besar susu tepung
1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - ita letak coffee paste
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung - ita letak Mazola
1 sudu kecil cuka atau jus lemon - ita letak jus lemon

Cara2 nya :

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek (5' atau 6'). Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

8 comments:

  1. Assalam Kak,kek resepi kak dayang nih mmg sedap n senang nak wat kan kak..Pastu jimat telur.hehe..

    ReplyDelete
  2. salam naz..wah cantik naik kek w/pun tanpa telur..nk wat pun senang kan.

    ReplyDelete
  3. As'salam Naz

    sana sini buat kek, mengoda betul. kak ct nak buat kek kena tanya anak2 bujang dulu. nak makan ker tak nak..? baru ct buat, kalau tak ct er yang dok meratah sorang2..hihihi. anak2 ni macam dah jemu kot, tapi kalau teringin sangat2 nak makan tu kak ct buat sikit jerlah :DD

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kaknaz - guna acuan silikon ke tu? kek tu mmg sedap...

    ReplyDelete
  5. akak..nak kek coklat tu...
    sedappnya tengok.....

    ReplyDelete
  6. Assalam Naz,
    memang nampak gebu & lembut kek awak nilah..
    sedapnya....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak..
    kek nie mmg sedap kan akak... mmg nmpk moist gitu kek yg akak buat nie tau..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...