Total Pageviews

July 31, 2011

PUDING KASIH BERTAUT




Assalamualaikum.....

Selamat menyambut Ramadhan buat teman teman semua.... sekejap saja rasa masa berlalu...

Hari ini kita buat Puding kasih bertaut..walau pun tak secantik kawan kawan yang lain buat...tetapi rasanya memang sedap..dan yang pasti memang sesuai untuk ketibaan bulan puasa dan hari raya nanti...

Terima kasih buat empunya resepi..kita layan gambar dulu yer...


PUDING KASIH BERTAUT
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan A :
  • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
  • 300 ml air
  • 200 ml santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)



Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 100 gm gula Melaka atau nise
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
  • Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
  • Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

  1. Salam kak, salam ramadhan juga buat akak sekeluarga! cantik puding akak! kita td ni buat puding jugak tp puding lain, tak menjadikkk hihihi..

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    atie tringin nak cuba buat.. cuma tak tahu bila hehe

    ReplyDelete
  3. salam naz..
    lama x jenguk ke cni..canteknya puding kasih bertaut tu..btw selamat berpuasa ye buat naz n famili..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak...
    cantiknyaa.... mengoda betul ...
    salam ramadan buat akak sekeluarga... salah n silap harap d maafkan yer akak

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Naz..

    Cantik puding tu...
    slmt berpuasa buat Naz sekeluarga!

    ReplyDelete
  6. as salam... cantik dah tu pudingnye.... kite salin resepi dah lame tapi buatnya belum lagi...harap2 dptlah buat utk berbuka puasa nnt, insyaAllah...

    selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  7. salam - mala baru je beli mould roses pagi tadi nak cuba puding ni. ramadhan al mubarak to you & family

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.
    salam ramadhan dan selamat berpuasa buat akak sekeluarga...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...