Total Pageviews

August 2, 2011

Si Cantik Manis ..Pink..




Assalamualaikum....

Hari ke 2 berpuasa...alhamdulillah...tak lupa nak ucapkan selamat berpuasa buat semua teman teman....

Pagi pagi kita dah nampak kuih si Cantik Manis di rumah Azita. Memang ler cantik kuih tu...tapi yg kita punya ni..tak secantik namanya... sebab kita tak der stok sagu warna warna tu..jadi pakai yg putih jer... walau pun gitu...rasanya memang sedap secantik namanya...

Walau pun dah hari ke 2 berpuasa...kita belum sempat lagi singgah di mana mana bazar ramadhan sebab semalam kita kemalangan.... ari ini pulak berbuka di pejabat saja... teringin gak nak jalan2...apa yg menarik kan....

JOm kita layan gambar yang tak seberapa dan



Terima kasih buat empunya resepi...


Bahan bahan
  • 100 gms biji sagu ( campuran 3 warna - merah, hijau dan putih )
  • 50 gms tepung hunkwe
  • 500 ml santan
  • 90 gms gula
  • Daun pandan
  • Sedikit garam
Cara cara
  1. Didihkan air di dalam periuk, masukkan sagu dan masak hingga biji sagu menjadu lutsinar, tapiskan.
  2. Bancuh tepung hunkwe dengan sedikit santan, baki santan masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan gula, daun pandan dan garam. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan bancuhan tepung hunkwe tadi ke dalam santan yang sedang mendidih dan kacau sekata.
  4. Masukkan juga biji sagu yang telah ditapis tadi dan kacau sehingga adunan menjadi kental.
  5. Tuang ke dalam acuan yang sesuai dan sejukkan.


    4 comments:

    1. naz accident? teruk ke? semoga sentiasa dlm perlindungan Allah ya..

      ReplyDelete
    2. Assalamualaikum akak..
      kemalangan? Huhuu.. akak ok x? moga akak baik2 jer yer... jaga diri tau akak...

      si cantik manis tu dah cantik dah tu akak... suka diana tgk

      ReplyDelete
    3. asa'alam Nazra

      Accident kat mana Naz? harap Naz tak apalah ya. take care dear.

      kak ct dah tengok hazila buat memang cantik, yang Naz buat ni pun cantik lembut jer kaler dia. kaka ct pun ada stok sagu putih jer kat rumah ni :)

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...