Assalamualaikum....
Selama ini kita tak pernah sekali pun buat biskut raya kecuali ketika kecil dulu sewaktu membantu ibu. Biasa nya setiap tahun kita main tunjuk tunjuk saja untuk dibawa pulang ke rumah orang tua...
Bila tengok Kak Ita (masam Manis) buat biskut Tart yang cun melecun...kita pun teringin nak buatnya.
Alkisahnya..bila dah siap uli dan cari punya cari..tak der pulak cetak kuih tart dalam simpanan. Sudah lah hari Ahad..malas ler pulak nak keluar cari cetak kuih tu...last last jadi lah jejari tart Nenas...
Kebetulan hari ini kita cuti puasa...bolehlah merasa kuih tu...memang sedap sesangat..resepi ni memang harus di simpan menjadi resepi turun temurun. Tak rugi...jadi kita anggap hari ini kita mengukis untuk di makan...untuk hari raya nanti kita buat lagi...
Terima kasih buat empunya resepi.....
TART NENAS NYONYA
By: Kak Jee
Rujukan : Kak Ita (Masam Manis)
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji
300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas 300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.
DARLING KUSSS mcm mana nak membentuk tuuu kak tak pandai la dek naz.. abg suka kuih ni..temasuk kak ilah...nyum2,,....
ReplyDeletedah start kuih raya .....
ReplyDeleteeh! ada lagu raya laa..... :)
ReplyDeletesalam. terima kasih kerana mencuba. Kjee suka bentuk yang awak buat. Bolehlah nak cuba. Hehehe
ReplyDeletekak naz.. nampak sedap je yang dah dipatahkan tu...
ReplyDelete