August 22, 2011

AGAR AGAR CENDOL



Assalamualaikum...

Jangan jemu ye asyik nampak puding cendol kat rumah kita..bukan apa..puding ni sedap dan di minta ramai teman teman kita...

Yg ni kita bawa ke rumah teman sempena jemputan berbuka puasa di Meru kelmarin...

Macam biasa ..resepi dari rumah K.Nor... memang cun...

PUDING CENDOL
resipi :Ogy@Tuntung15
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
 
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Bagi Lapisan Atas
500ml air (K.Nor dan kita tambah 100 ml lagi air)
200gm gula merah ~ k.nor guna campuran nisan dan gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas

Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocok kuning telur didalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.




## selalunya bila K.Nor buat puding ni, utk bahagian lapisan atas tu K.Nor akan tambah air sebanyak 100ml lagi sbb teksture asal tu agak keras sket bg K.Nor. K.Nor lebih suka teksture puding yg lebih lembut sket. Terpulang pada masing2 ya..


## utk lapisan bawah K.Nor hanya guna 1 cawan gula atau lebih kurang 12 sudu besar. Sbb K.Nor kurang suka manis2 sgt dan utk lapisan atas tu mmg kena rasa sendiri la kalau nk buat sbb jenis2 gula merah ni berbeza. Jadi tak leh nk bg tau sukatan yg tepat.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Naz,

    nampak sedapnya agar2 tu...ish lepas berbuka, sedap ni kalo dpt masuk dlm tekak...sejuk tekak setelah kehausan di sianghari tadi.

    ReplyDelete
  2. kak naz... tun teringin nk makan cendol.. x sabar nk blk kg, kt segamat ada kedai cendol yg sgt2 sedap!

    ReplyDelete
  3. naz, k.nor pun suka buat puding ni kalau ada jamuan kat rumah MIL dan rumah adik.. cantik dan sedap.. nak buat pun tak susah kan

    ReplyDelete
  4. tringin sangat nak rasa agar2 cendol...eh puasa ni tak pernah lagi minum cendol. haiishh nak cari jugak ni. hehe

    ReplyDelete
  5. eh! eh! buat lagi ... rajinnya.

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...