August 21, 2011

BISKUT COKLAT CHIP


Salam hari Minggu...

Minggu ke dua terakhir sebelum kita menyambut lebaran... petang ni hujan lebat..kebetulan berbuka dirumah saja..saja saja menunggu buka puasa kita sempat la buat Biskut COklat Chips ...

Tapi yg kita punya ni versi "M"... kalau nak tengok yg cantik sila kerumah K.Nor dan CM... tapi bila kunyah lepas buka..tak cukup satu...dua..tiga..terus ... tapi lain kali kita kena kurangkan sikit gula sebab rasa manis bagi tekak kita....

ANak anak kata lebih sedap dari biskut oreo..memang tak rugi mencuba...

Terima kasih buat empunya resepi.... 


Resepi Asal  : Kak Nor (Secubit Garam)
Intai resepi dari : CManggis
Rujukan : Nazrah Bakery

Biskut Coklat Chips
  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
  • Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  • Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  • Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  • Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  • Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. 

4 comments:

  1. salam naz.. k.nor pernah try kurangkan gula dlm sukatan biskut ni, tp bila kurang rasa manis jd kurang sedap pulak.. rasa cam tawar jer.. suggestion k.nor, kalau naz nak kurangkan gula, kurangkan part gula castor dan topup kat gula perang sbb gula perang tak semanis gula castor

    mekasih sudi cuba ya.. nak 3 ketul boleh :)

    ReplyDelete
  2. amboi akak ni rerajin betuila,....sempat lagi tu buat biskot coklat chip pulak,,....hebat2...

    ReplyDelete
  3. uih..sedapnya..ni bkn anak2 je berebut..mak bapak skali dok kunyah..hehe

    ReplyDelete
  4. kak nazrah, tun mmg tiap2 tahun mesti wat choc chip cookies utk raya. sendiri yg makan lebih2. hehe...

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...