Total Pageviews

August 27, 2011

ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP


Assalamualaikum...

Pagi ni kita tak keje..tapi Isnin masih lagi bekerja ..hanya boleh balik kampung petang nya....nak wat camner...anak buah semua dah cuti..terpaksa la kita yg buka opis...
Hari ini anak kita ada tuisyen..jadi lepas sahur tadi terus wat cookies dan roti sosej berkeju ni untuk sarapan anak anak....selama ni tak sempat nak wat sarapan anak anak sebab subuh subuh dah keluar ke opis...

Anak anak suka ngan roti yang simple ni..lain kali boleh buat lagi..terima kasih dari empunya resepi....



ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP
Di buat disini : NAZRAH BAKERY

Bahan:

10kpg roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap
10kpg slice cheese
1 bj telur ~ dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara:
Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...