Total Pageviews

August 19, 2011

BISKUT DAHLIA


Assalamualaikum...

Dah nak dekat raya ni..tentu semua teman teman sibuk buat persiapan hari raya. Harap harap tahun ni meriah raya kita...


Biskut Dahlia ni kita buat semalam petang...lepas buka terus buat 2 adunan..
Resepi ni memang senang dan amat rangup...

Kalau nak tengok versi Kak Jee boleh KLIK sini.


Terima kasih wat empunya resepi...REsepi dah Buku Biskut Pilihan..chef Zubaida Che Pa



BISKUT DAHLIA


Rujukan : Nazrah Bakery


Bahan2nya:
 

250 gm mentega
225 gm tepung jagung
125 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
1 biji telur
150 gm gula icing ( tapi kita kurangkan kepada 120 gm)
1 tsp esen vanilla

sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:


Sebatikan mentega, telur vanila dan gula icing

Masukkan tepung dan uli lembut
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pail nozel di ats dulang di lapik kertas
Hiaskan dengan ceri di atas biskut
Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140 c selama 30 minit atau sampai kekuningan.


### kalau lembik lagi..tambahkan sedikit demi sedikit tepung jagung dan sedikit tepung ubi..






 

2 comments:

  1. akak.. sedap! ni biskut wajib tiap2 tahun.. mama tun pandai betul wat biskut nih.. tun still blom ada mood nk buat biskut..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...