Total Pageviews

August 9, 2011

PUDING KEJU


Assalamualaikum....

Dah seminggu puasa ... baru hari ini berkesempatan berbuka di rumah. Bila ada peluang....hari ini barulah dapat mencuba puding keju yang dikatakan paling hangat terlaris di pasaran..walau pun kita telah ketinggalan...

Baunya nye saja dan menggugat iman apa lagi bila menanti untuk di ngap...

Bila time buka puasa jer...fulamak...sedapnya ...lebih lebih lagi masih sejuk gitu...tak syak lagi..puding ni memang akan menjadi puding "PUjaan hati ku" ...bila waktu hari raya nanti.... 

Memang cun rasa manisnya...kalau tambah buah buah koktail..agaknya lagi sedap..tak rugi mencuba...

Selingan Manja...Si Kakak dalam majalah Jelita Ogos 2011
 
Terima kasih wat penyumbang resepi.... Along Roz, Kak Nor


Saiz 8" persegi
BAHAN2:
  • 13 gm Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 120 gm Gula
  • 3 biji Telur
  • 120-150 gm Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 400 ml Susu Cair
  • 200 gm Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
  • 50 gm Mentega
CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
  4. Masukkan susu & kacau sebati.
  5. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  6. Masukkan mentega sehingga sebati.
  7. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  8. Sejukkan sebelum di hidangkan.
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender. Yatie pun ikut cara K.Nor.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

** utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), ambil sebahagian dari adunan (lebih kurang 2 cawan) puding dan masukkan 1 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Pastu bolehlah melayer puding tu spt yg K.Nor buat (plain --> chocolate --> plain). Atau terpulang pada citarasa masing2 nak buat versi belang2 pun boleh. 

7 comments:

  1. Sampai hati nama Along di padamkan terus.... lenkali takmo share respi best2 kat blog lagi dah... merajuk ni..... orang lain lak yg dapat kredit....

    ReplyDelete
  2. Ala Along...maaf lah..kita tak perasan tadi sebab kita tengok kat rumah Yatie...pas tu tergesa gesa plak...maaf ye Along.....

    ReplyDelete
  3. memang sedap puding ni..rasa mcm nak buat lagi tapi malas nak ke kedai beli sekut.
    eh ada lagu raya la kat sini..hehe

    ReplyDelete
  4. mas suka puding ni...
    sedapppp...

    ReplyDelete
  5. bl la blh bt puding yg sedap ni..:(

    ReplyDelete
  6. ok, Along maafkan tapi lenkali jangan buat lagi tau. Sebenar nya isu ni baru jer di bincangkan beberapa hari lepas kat sini:
    http://homekreation-recipes.blogspot.com/2011/08/kuih-bom-again.html
    Tak lama selepas isu hangat di bincangkan tengok terjadi lak kat sini. Sebagai kawan kita patut tegur-menegur sbb semua org pun kekadang buat silap kan. Maceh sbb reaksi yg positif.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...