July 12, 2011

TALAM MARBLE



Assalamualaikum....

Bila tengok Kak Ita buat talam marble...kita pun tergoda apa lagi bila kak Ita kata memang sedap dan mudah tanpa menggunakan kukus. Kebetulan hari ini kita balik awal dari opis...barang barang pun semua ada...



Memang mudah ...dan enak talam ni..tak rugi mencuba..buat minum petang memang ngam ... rasa coklat nya pun cukup sedap sehinggakan seakan akan makan agar agar dan aiskrim...wah.....

Minta izin dari empunya resepi untuk disalin semula...maaflah kita punya tak secantik dan seayu Kak Ita punya ..


Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
250 g tepung Hoen Kwee (putih)-(1 sb rata=10 g)
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata) ( kita kurangkan kepada 400 gm)
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko 
choc emulco - ita tambah

Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan.
Siap utk dipotong dan dihidangkan.
Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.

Untuk resepi ni ita hanya buat 1/2 adunan aje.. Ita gunakan hanya santan kotak. Ita guna 1 kotak santan 200 ml dan selebihnya ita campurkan dengan air untuk mencukupkan sukatan santan tu.

Lagi satu lupa nak bagi tau.. talam ni selepas dibahagikan kena masak dalam dua periuk yg berasingan secara serentak.. tak leh masak satu2 nanti dia dah keras pulak.. jadi.. kena lah jadi wonderwomen sekejap! kacau guna dua2 tangan.. hihi (Yang part ini kita minta tolong bibik kita )

 

7 comments:

  1. wahh cantik la tu kak...baru jer tgk kat dapur kak ita tadi dah sampai dapur akak dh cepat tul ni...:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...
    wah cantiknya puding tu akak... sedap nie makan sejuk2... makan masa berbuka puasa nie mmg best nie kan akak

    ReplyDelete
  3. hebat aa kak nazrah, tun baru je duk terliur2 kt umah kak ita td, akak dh siap mkn dah.. hihi.

    ReplyDelete
  4. uwaaaa dah buat gak ya..akak suka talam mcm ni..mudah pulak tu...nak wat gaklah..ntah bilalah agaknya ni..berderet2 menu yg nak di buat..pnjng list akak ni..

    ReplyDelete
  5. wah...dah buat yer...sedap nampak tu...

    ReplyDelete
  6. Asslmkum Naz

    Cantik dan mudah bahannya...boleh cuba nanti.

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...