Assalamualaikum....
Rasanya dah ramai teman teman buat kuih ni..tapi kita baru berkesempatan buat nya .. ni pun nak menghabiskan baki Yogurt semalam.
Tapi dalam banyak banyak tu..cuma satu dua jer yang mekar cantik..yg lain tu senyum senyum kambing jer..walaupun gitu...memang lembut dan sedap cupcakes ni...(apam kot)
Minta izin dari Anna Qawina untuk salin balik resepi nya....
YOGURT STEAMED CUPCAKES
Sumber : Rima@Bisous a Toi
Sumber : AnnaQawina
bahan-bahan : *Ana buat separuh je*
- 2 cawan gula castor ..kurangkan..( saya guna 1 cawan sahaja)
- 1 sdt ovallete
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan yogurt asli
- 2 biji telur
- 1/2 sdt double action baking powder
- 1 sdt serbuk koko
- 1 sdt pes coklat
Cara-cara :
- Campur semua bahan di atas dalam mixer.
- Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
- Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
- Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat, gaul sebati.
- Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
- Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
- Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**
**Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**
Salam kak! tak kesah kak tak mekar asal dia gebus! kita pun kalau buat apam2 mekar gini mmg takut nak2 masa nak bukak penutup pengukus tu hihihi... berdebar debar kalau mekar kita pun senyum lebor lerr kalau kuncup jer sume rasa nak baling itu jam jugak penutup tu hihihi...
ReplyDeletela..tak mau mekar lak ek.. ni tuan buat ni tak mau senyum luas luas kot masa buat apam ni.. hehehe..
ReplyDeletesaya pun slalu fail kalau buat apam mekar gini. tapi masa buat apam ni menjadik lak. gamaknya senyum luas betul masa membuatnya.. haha..tapi asal sedap ok je kan
As'slam Nazrah
ReplyDeletedah elok lah tu, ada mekar. kalau ct buat belum tentu akan mekar macam tu. gabungan putih dan coklat sangat sesuai..ada lagi tak..? nak sikittt..
hihi...gelak gak baca komen ilayuji tu...mmg rasa berdebar time nak buka penutup & betul..rasa nak baling apa2 yg ada tepi2 dia kalau taknak kembang..hehe..
ReplyDeletenampak apam ni malu2 je nak senyum mekar..ala2 gadis sunti gitu..okle kalau sedap kan..tak kisah mekar ke tak..
pst : nak angkut 2 biji, nak sarapan ni..
salam naz,dah buat dah ya..resepi ni dah dok berzaman2 dlm list tu..tak buat2 jugak lagi..rasa2nya...rasa2nya...esoklah nak buat.boleh buat sebagai buahtangan nak ke kenduri esok..hehe
ReplyDeleteassalam kak..cantik apam tu mekar setaman...saya jer lum buat lagi kak..lum beli yogurt lagi pun..hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeletediana pun x reti buat apam yg mekar2 nie.. mesti x jadi punya.. tp tgk apam nie cam teringin plak nak try.. ada yogurt kat peti ais tu..