June 2, 2011

MUFFIN YOGURT


Assalamualaikum.....



Petang ni rasa macam nak demam jer, tekak pun rasa perit ...yg pasti kita ni dah terlalu letih kat opis...time cuti sekolah ni memang sibuk sangat...

Walau sesibuk mana pun...kita masih sempat godek godek di dapur. Gara gara nak menghabiskan yogurt....kita buat muffin yogurt.  
 


MUFFIN YOGURT
terjemahan: izahdaut

menghasilkan 10 biji muffin

120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry
Caranya:

1. Panaskan oven ke 180 C.

2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.

3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.

4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat  nanti muffin keras.

5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4  penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.



10 comments:

  1. As'salam Nazrah

    Alhamdulillah..baru ni dapat bukak kotak komen. selalunya dok tggl msj jer. Muffin yougrt ni kita boleh berbagaikan persa kan. ada satu jer tinggal dalam petiais yougrt tu. boleh lah kalau ada terluang masa nanti nak cuba gak..insyaAllah kalau tak merayap dengan anak2 cuti sekolah ni...hihihi

    ReplyDelete
  2. Salam kak! waaahhhhh kita kan kak dah setahun rasanyer tak buat muffin nmpknyer nak kena masuk list niii nanti free nak buat jugak hihihi...

    ReplyDelete
  3. bahan-bahan semua ada. nak buat-tak buat, nak buat-tak buat? hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak..
    wah dah buat dah yer akak... hubby diana nak diana buat lg muffin nie.. dia suka makan yg ada filling tu... sedap.. :)

    ReplyDelete
  5. Assalam naz,
    ramai juga yang dah cuba muffin & apam yang beryogurt ya..akak tak buat lagi ..hehe..
    akak suka gamabr yang last tu..cantik..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Naz,

    Dh lama knur tk buat muffin...mcm terpanggil juga nk mengafin nie...hehe...nak seketui, boleh tk Naz?

    ReplyDelete
  7. akak..jom tukar2 mapin....
    sedappnya tengok mapin yogurt tu...

    ReplyDelete
  8. sedapnye mapinnn...bes mkn ngan ceklat filling..ehehe

    ReplyDelete
  9. sedapnya!!...lama dah tak buat muffin ni...tgk akak buat teringin lak nk buat hehe

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...