November 19, 2010
Kuih Bombay Tradisional
Ini adalah resepi kuih yang saya dapat dari Ida Bakery dalam majalah baru baru ini. Minta izin kak ida untuk turunkan resepinya .
Bahan - Bahan
7 biji telur ayam (gred D)
1 mangkuk gula halus
250 ml santan Harmoni (tapi saya gunakan santan kotak jenama lain)
3/4 mangkuk tepung gandum
2 sudu teh perisa pandan
300 gm tepung gandum
1/2 cawan air
sedikit pewarna hijau
Sedikit minyak sapi.
Hiasan : Campuran kismis, kundur dan bijan
Cara membuat : Pukul telur dan gula. Tidak perlu terlalu kembang memadai dengan gula hancur semuanya. Campurkan perisa pandan, air dan pewarna hijau. bersama santan. Kacau sebati sebelum dimasukkan ke dalam adunan diikuti dengan tepung gandum. Sementara itu panaskan dahulu acuan kuih didalam ketuhar pada suhu 200C selama 10 minit. Keluarkan acuan bolehlah disapukan sedikit minyak sapi. Tuangkan adunan ke dalam acuan hanya 3/4 acuan kerana ia akan naik ketika masak. Kuih ini mengambil masa 10 minit untuk dimasak dengan sempurna. Bagaimana pun tabur hiasan diatas acuan setelah 5 minit di masak. Setelah itu bolehlah disampung semula ke dalam ketuhar sehingga masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
Gambar dari Google Assalamualaikum... Hari ini akak nak berkongsi ilmu mengenai segala jenis kekacang (Sumber : Majalah Sedap) Ha...
-
Assalamualaikum.... Sewaktu cuti sekolah selama 2 minggu bulan Mei 2014 ini.. saya berkesempatan menghantar anak dara sunti ke kelas ma...
No comments:
Post a Comment