Total Pageviews

November 21, 2010

Apam Apam Chomel....


Hari ini saya sempat buat apam apam chomel ni untuk dibawa ke pejabat. Apam ni memang sedap dan amat mudah untuk disediakan. Resipi asal dari rumah SINAR KEHIDUPANKU.





Izinkan saya salin resepi untuk teman2 yer..

Bahan bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Cara cara
  • Pkl telur bersama gula sehingga kembang.Masukkan pula ovallete dan pkl hingga sebati.
  • Masukkan susu berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder.
  • Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian.
  • Letak pewarna setiap bahagian.
  • Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  • Picitkan adunan 3/4 ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  • Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...