November 17, 2010
Kuih Lapis Pisang
Selamat Hari Raya Aidil Adha...selepas balik dari rumah family ada pulak dibekalkan pisang oleh orang tua..jadi jalan jalan kat rumah Nurkasih (sumber chef Hanieliza) jumpa ler resepi ni..Dan inilah hasilnya..tapi oleh sebab dah malam dan takut esok x sempat ambil gambar..terus potong..ini ler hasilnya apabila x sabar...
Tapi kuih lapis pisang akak hanya selapis.. he he ..malas la ni..jom layan ye resepi ni.
KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci) as guna mangkuk 4 segi jer :D
Sumber : Chef Hanieliza (copy dari blog Madihah dan Teratak Nur Kasih)
Bahan A:-
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan ke 2/3 cwn)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung
1 sudu teh garam
Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning
Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
1. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
2. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B). (As mulakan dgn lapisan pertama warna hijau dan lapisan kedua pisang dan akhiri dgn warna hijau
3. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebih kurang 10 - 12 minit.
4. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
Gambar dari Google Assalamualaikum... Hari ini akak nak berkongsi ilmu mengenai segala jenis kekacang (Sumber : Majalah Sedap) Ha...
-
Assalamualaikum.... Sewaktu cuti sekolah selama 2 minggu bulan Mei 2014 ini.. saya berkesempatan menghantar anak dara sunti ke kelas ma...
No comments:
Post a Comment