Total Pageviews

November 29, 2010

KEK LAPIS COKLAT KUKUS


Assalamualaikum...petang sabtu.  Hari ini teringin pula hendak melapis kek , tengok blog Qaseh -AzZahra  nampak macam senang jer si Ana melapis..tinggi dan gebuz...Tapi masa akak mula membacuh macam ada yang tak kena .. cuma x tau aper...dan inilah terhasilnya..terbantut sikit..tapi rasanya tetap melatop...abang kata sungguh sedap dari semalam (he he .. semalam buat Kuih Lapis Koko). Kita layan resepi yang akak salin dari Ana.. terima kasih yer Ana

Kek Lapis Coklat (Kukus) copy dari blog MAZ Ilhamdapur

Bahan-bahan ( loyang 4 segi 7x7)

   
         4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari petiais)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung gandum yang berkualiti - maz guna all purpose flour brand MFM
  • 1/2 sudu kecil rata baking powder
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 75 ml susu cair
  • 1/4 sk garam
  • 50 ml minyak sayur atau minyak jagung - maz guna sunflower oil
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • sedikit coklat emulco
  • coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnyaCara-cara

    1. Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.

    2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat bar dan eoklat emelco.

    3. Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)
    4. Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih (tutup loyang kek dengan aluminium foil agar air tidak menitik, cukup sekadar letak gitu je). Kemudian letakkan pula adunan asal (plain) dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak. Buat sampai habis.

    5. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.



Begini ler rupanya Kek Lapis Coklat Kukus yang telah siap..selamat mencuba

2 comments:

  1. wah...sedapnya..kita pun ingat nak melapis gak, dah sejukkan telur tp belum rajin lag, sejuk2. ni nak titun je..hihi...
    nampak kemas lak kek tu, saya punya comot...hihi

    ReplyDelete
  2. tapi kenapa kurang naik ye anna..awak punya tinggi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...