November 26, 2010

BINGKA UBI

Selamat petang buat semua... semalam saya dan keluarga melawat ibu di kampung. Oleh kerana terlalu banyak monyet di belakang rumah yang memusnahkan tanaman ibu termasuk pokok ubi yang ditanam, maka dengan itu aku menyuruh bibik ku mencabut ubi ubi untuk dibawa pulang.  Akak ni pula tak tau nak buat aper ngan ubi yang banyak tu lalu menyelongkar rumah CMG dan terjumpa le resepi ni.


Disini mohon izin CMG untuk menurunkan resepinya :

BAHAN BAHANNYA :

1 kg Ubi Kayu (diparut)
650 gm ml santan kelapa
100 g gula melaka , dihiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi (saya letak mentega kerana tiada minyak sapi)

CARA MEMBUATNYA :

Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi di masukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap.
   
Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan atas dasar tin dengan aluminium  foil, lebihkan aluminium tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.  

Buang air perahan tadi perlahan2 hingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang dimasak tadi dan masukkan ke dlm ubi gaul rata2 hingga rata dan mesra.

Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan  garing dan biarkan sejuk baru boleh  dipotong.

Wahhh...menjadi juga akhirnya bingka ubi ku walau pun tidak secantik CMG punya..tapi amat wangi dan tidak telalu manis... boleh dibuat minum petang oleh keluarga ku..

No comments:

Post a Comment

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...