Total Pageviews

November 25, 2010

Apam Jagung Manis


Dengan hati gundah gulana, akak kononnya nak mogok untuk membuat pemanis mulut untuk minum petang. Ditambah pula hujan yang lebat... tetapi apabila melihat Apam Kukus Jagung di rumah Rinchann ..ditambah ada separuh lagi jagung dalam peti sejuk...akak pun memulakan operasi. 


Minta izin untuk turunkan resepinya.

Bahan Bahan :
120gm Mentega
700 gm gula caster
2 butir telur
120ml susu segar atau susu cair
100 gm krim jagung (akak gunakan 150 gm)
225 gm tepung naik sendiri
Kismis untuk hiasan

Cara-Cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi.
2. Masukkan telur sebutir demi sebutir. Pukul hingga sebati.
3. Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung. Masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau rata.
4. Masukkan susu segar di selang seli dengan lebihan tepung. Kaup dan balik gunakan spatula.
5. Panaskan kukusan. Balutkan tudung kukusan dengan kain supaya air dari bhg dalam tudung tidka menitis ke atas apam.
6. Isikan adunan ke dalam acuan yg sesuai, hiaskan dgn kismis dan kukus selama 15-20 minit.
7. Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.

** Makan dengan kelapa pun sedap juga....



Maka terubat sudah gundah gulana di hati setelah apam ni siap dimasak .. ditambah pula Mr X makan dengan sedapnya.... bole tersenyum semula..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...