November 27, 2010
TALAM KELADI EDISI KE 2
Hari ini saya membuat Talam Keladi untuk promosi di pejabat kerajaan ... wah..promosi keh keh..alhamdulillah sambutan amat menggalakkan....tapi maaflah nampak sememeh je sebab keladi tu akak letak banyak semalam..jadi susah lak akak nak potong...yg penting...sedap
Akak turunkan resepi yang akak belajar dari Chef Asma untuk kita semua....Kata Ibu kita Jangan Kedekut Ilmu walau pun ilmu yang kita pelajari itu mahal harganya.. wah...
Tapi kalau keluarga kecil..dinasihatkan supaya buat separuh adunan sahaja....
LAPISAN BAWAH
Bahan Bahan
(A) 220 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300 ml santan pekat
700 ml air
(B) 250 gm keladi - buang kulit, potong kiub dan kukus selama 5 minit.
Cara-caranya :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS
Bahan Bahan
180 gm tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple
Cara caranya :
1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
SELAMAT MENCUBA YER KAWAN KAWAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...
-
Gambar dari Google Assalamualaikum... Hari ini akak nak berkongsi ilmu mengenai segala jenis kekacang (Sumber : Majalah Sedap) Ha...
-
Assalamualaikum.... Sewaktu cuti sekolah selama 2 minggu bulan Mei 2014 ini.. saya berkesempatan menghantar anak dara sunti ke kelas ma...
No comments:
Post a Comment