Muffin Pandan...antara muffin yang dibuat untuk menjamu keluarga di kala cuti sekolah ni...Akak turunkan resepi tapi maaf akak dah lupa copy resepi dari saper (sebab baru start dalam arena blog) he he.lepas ni akak tak kan lupa yer...
Bahan Bahan
375 gm Tepung kek/gandum
125 gm mentega / marjerin
1 st garam
250 gm gula castor (kurangkan jika tidak mahu manis)
4 biji telur
30 gm baking powder
250 ml susu segar
1/2 st esen vanilla
2-3 s/t esen pandan
Caranya:
Pukul gula, garam dan mentega sehingga kembang.
Masukkan telur dan kacau hingga sebati
Selepas itu masukkan tepung dan baking powder. Kacau rata
Masukkan susu, esen vanilla dan esen pandan. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin dan bakar 150C dalam 20 -30 minit.
No comments:
Post a Comment