Total Pageviews

November 19, 2010

KEK KUKUS SARANG SEMUT


Sehebat nama sehebat rasa..walau pun pertama kali membuat kek ini..lihatlah..sarangnya yang mengamcam gitu.. walau bagaimanapun Akak dapat resepi ni dari blog resepi4u (bole klik disini)  .

Buat teman teman Akak tuliskan  resepinya .. selamat mencuba yer...
Bahan-bahan :

7 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 tin (390g) susu manis
3 sudu makan mentega
1 sudu makan soda bicarbonate
1 sudu teh esen ros


Cara penyediaan :

Hanguskan gula. Kemudian masukkan air diikuti mentega. Masak hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.

Pukul telur sehingga kembang. Masukkan susu dan teruskan pukulan hingga rata. Masukkan tepung dan soda bicarbonate. Kemudian masukkan gula hangus dan pukul hingga rata. Akhir sekali masukkan esen ros dan kacau rata.

Tuang adunan ke dalam loyang kek. Tutup loyang rapat-rapat dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap air kukusan masuk ke dalam adunan.

Kukus selama 1 1/2 jam.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...