Total Pageviews

November 19, 2010

Apam Pelangi



Apam Pelangi versi resepi dari Ida Bakery

Bahan bahannya :
5 biji telur
1 s/t ovellete
1/2 s/t esen vanilla
300 gm gula castor
200 gm tepung gandum
240 ml santan (akak guna santan kotak)
1 s/t serbuk penaik
sedikit garam
sedikit pewarna merah, hijau dan kuing (ikut suka yer)

Cara membuatnya :

* Pukul telur, ovalette dan gula hingga kembang
* Setelah itu masukkan tepung, santan dan esen vanilla. Pukul semuanya hingga sebati
* Sementara itu panaskan kukus, sapu loyang dengan sedikit minyak.
* Adunan yg sebati dibahagian kepada tiga bahagian diberikan warna merah, hijau dan kuning.
   Tuangkan  ke dalam adunan dengan warna berselang seli.
* Kukus adunan selama 30 minit dan sejukkan sebelum di hidangkan bersama kelapa parut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...