Total Pageviews

November 22, 2010

Apam Pisang





Ini adunan sebelum dikukus..akak masukkan dalam acuan kecil2



Hmmm... rumah saya sentiasa di penuhi oleh pisang disebabkan permintaan Kek Pisang Lembab saya oleh customer.. disamping itu mencuba resepi resepi baru.. Kali ini mencuba Apam Pisang yang resepinya saya dapati dari rumah CMG...(Resipi asal dari "Diana")

Bahan-bahannya :

1 Cawan tepung gandum   )
1/2 c/teh baking powder   ) di gaul dan diayak bersama
1/2 c/teh soda bikarbonat )
2 biji telur ayam gred A
100 ml minyak jagung  (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang- sama ngan saya)
4 bii pisang emas, sederhana besar   )
secubit garam                                  ) disatu dan dilenyekkan

Cara membuatnya :

1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat gunakan acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan dan panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 -15 minit.
            

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...