November 28, 2010

KUIH LAPIS KOKO



Akak baru balik dari Klinik Gigi (repair gigi) .. dan Kuala Lumpur hujan pulak tu. Teringin nak buat kuih lapis (yang betulnya sebab x boleh nak kunyah benda keras) jadi jalan jalan kat rumah Kak Rose (My Kuali) . Izinkan akak salin balik ye Kak Rose untuk rujukan teman teman akak...



Hitam melekit kuih ni..tapi koko nya fantastik.... hitam itu menawan (kata abg) .. sampai akak tak sempat tunggu sejuk kerana si kecil dah sibuk nak rasa. Layan  zazzzzzz......

Tapi kalau ikut sukatan Kak Rose alamak..dapatnya sikit ler sangat..tapi untuk makan family kecil boleh lar..jadi next time akak kena buat 3 x adunan baru le boleh makan satu family akak.. he he.

Dibawah ini mengikut resepi Kak Rose:

Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam
Bahan B:
1 sudu teh pes coklat/emulco
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
1/4 cawan air suam
# bancuh bersama bahan B di atas

Bahan C:
1/4 cawan air suam

Cara-cara
Panaskan kukusan.
Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebih kurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.

No comments:

Post a Comment

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...