January 18, 2011

BINGKA LABU


Dok tengok labu dah masuk 2 minggu tergolek dok jer kat dapur tu..kesian pulak kat dia. Mula mula tu malas gak nak membuat kuih sebab baru balik jalan jalan dari Segamat . Letih pun tak hilang lagi. Tapi kerana semangat yang berkobar kobar sebab tak ada N3 baru tentang masakan, akak pun terbuatlah Bingka Labu ni...Bingka ni memang sedap dengan lemak lemak manis gitu..memang berbaloi buat minum petang..




Macam biasa resepi ni akak dapat dari rumah Cik Mat Gebu . Minta izin akak copy resepi nya untuk teman teman...


Bahan bahan
5 biji telor
500 ml santan (atau 200ml santan kotak + 300ml air)
200g tepung gandum, 
180gm gula halus (atau nak manis tambah sendiri ler) 
1/2 c/t garam, 
1 c/t esen vanilla, 
450g labu manis, Kukus dan lecek hingga lumat.

cara2 

Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin dengan mentega dan lapik ngan aluminium foil (kanan kiri biar lebih supaya senang angkat) atas aluminium foil pun sapu Mentega.
Semua bahan2 diatas kecuali labu di kacau dengan whisk hingga bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu,kacau hingga rata.
Tuang dalam tin dan bakar selama 40-45 minit (sehingga ada kerak sikit diatasnya).

Selamat menjamu selera ya...



3 comments:

  1. sedapnya!...hmm lum pernah buat lagi ni nanti leh cuba kena cari labu dulu...hehe

    ReplyDelete
  2. Tu memang warna original kuning...bingka labu memang sedap lemak lemak manis..
    Jangan tak cuba ya...

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...